Kos Dikenakan Ejen Hartanah Untuk Jual Rumah

Mungkin ramai pemilik rumah di luar sana berkira-kira ingin menjual rumah bagi membeli rumah yang lebih besar dan selesa. Ada juga pelabur hartanah menjual rumah atau hartanah lain bagi mendapatkan modal yang lebih besar untuk membeli rumah bagi menambahkan koleksi hartanah mereka.

Jual beli rumah merupakan kerja yang memenatkan bagi pemilik yang kurang arif atau tidak berpengalaman dalam bidang ini. Cara mudah dan selamat ialah dengan melantik Ejen Hartanah berdaftar bangi menguruskan jualan rumah tersebut. Oleh itu kos-kos yang perlu diambilkira adalah

  1. Profesional Fee ejen hartanah dan
  2. Cukai Perkhidmatan Kerajaan atau GST.

Profesional fee yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penilai, Petaksir Dan Ejen Hartanah (LPPEH) adalah 3%. Info lanjut ada di http://www.lppeh.gov.my/fees.html. Caj 3% ini adalah caj maksima yang boleh dikenakan dan boleh dikurangkan bergantung kepada harga jualan hartanah dengan berbincang dengan ejen hartanah. Caj ini akan dikenakan ke atas harga jualan hartanah tersebut. Selain itu, penjual juga akan dikenakan GST sebanyak 6% ke atas jumlah bayaran perkhidmatan ejen.

Apa pun sila dapatkan maklumat lanjut daripada ejen hartanah yang dilantik bagi memudahkan proses jual beli rumah anda. Setiap ejen mempunyai teknik pelaksanaan yang berbeza tetapi masih mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh LPPEH.

Nota : Layari Gohartanah Apps (GAPPS) bagi kalkulator mengira Fi Ejen Hartanah. GAPPS juga menyediakan kalkulator bagi Kos Guaman, Duti Setem Pindah Milik & Sewaan dan sebagainya.

 

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

1 comment
Siapa Yang Bayar Profesional Fi Ejen Hartanah? | bloghartanah.com : Perunding @ Ejen Hartanah Bandar Baru Bangi, Kajang & Cheras says July 9, 2012

[…] Sehubungan dengan itu, profesional fi perlu dibuat bagi pihak yang melantik ejen hartanah iaitu 3% daripada harga jualan seperti di Jadual Ketujuh Akta 242. Kebiasaanya pada hari ini, pihak penjual yang banyak melantik […]

Reply
Add Your Reply