Pelabur Hartanah atau Pelebur Hartanah?

Shares

Adakah anda Pelabur Hartanah atau Pelebur Hartanah?

Masa untuk audit sendiri rumah-rumah anda ๐Ÿ˜‰ . Pelebur Hartanah bukan istilah baru untuk dipromosikan di sini tetapi itulah penyataan yang boleh dikongsi bersama. Kebelakangan ini ramai sangat tuan rumah yang agak terdesak untuk menjual rumah-rumah mereka.

Apabila ditanya beberapa soalan-soalan asas, kebanyakan jawapannya adalah negatif. Terfikir juga adakah pelabur tersebut mempunyai ilmu asas sebelum memulakan langkah bagi menjana pendapatan pasif dalam bidang hartanah ini. Agak sedih juga apabila mendalami masalah yang dihadapi tetapi kadang-kadang masalah itu sudah terlambat untuk diselesaikan secara keseluruhannya.

Antara soalan tersebut:

  1. Adakah dapat menjana +ve cash flow?
  2. Adakah kontrak penyewaan dibuat atau diperbaharui?
  3. Adakah pemantauan dibuat seperti pembayaran bulanan oleh penyewa? Tepati masa yang ditetapkan?
  4. Adakah penyewa ditapis dahulu sebelum diberi kunci?

Bagi pelabur hartanah atau yang bakal menceburi bidang hartanah ini pastikan anda buat audit sendiri sebelum perkara bertambah parah. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: