Persediaan Awal Bagi Pembeli Rumah

Shares

Ramai di luar sana atau mungkin termasuk anda sendiri sedang sibuk mencari rumah untuk dibeli samada untuk diduduki atau disewakan. Apa yang ada dalam kepala mungkin bajet rumah dan keadaan rumah yang dicari. Rumah mesti ikut bajet dan keadaan rumah yang cantik serta tiada kerosakan. Ini sudah mencukupi bagi kebanyakkan pembeli.

Sebaliknya bagi setiap ejen hartanah, antara perkara yang paling penting bagi menunjukkan anda pembeli yang serius adalah anda telah bersedia dengan wang deposit sebanyak 10% dari harga jualan rumah dan telah menyemak status pinjaman di bank. Ini adalah 2 perkara penting yang perlu ditekankan bagi anda mendapatkan rumah idaman dengan mudah dan segera. Ada sebahagian ejen yang tidak bersungguh-sungguh melayani anda sekiranya anda belum bersedia 2 perkara di atas.

Kenapa 10%?

Anda perlu menyediakan 10% deposit kerana pihak bank hanya menyediakan maksimum 90% pinjaman atau pembiayaan sahaja dan bagi rumah ketiga hanya 70%. Bagi kakitangan kerajaan yang merancang menggunakan pinjaman perumahan yang disediakan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan, anda juga dinasihatkan menyediakan deposit kerana ini akan melicinkan proses booking dan penyediaan S&P. Bayaran deposit menunjukkkan anda serius untuk membeli rumah tersebut dan setiap bayaran deposit yang dibuat tidak boleh dipulangkan. Ini juga akan dapat menggembirakan hati pemilik untuk menjual kepada anda.

Bagi menyemak status pinjaman anda boleh terus hubungi mana-mana bank yang menyedian pinjaman perumahan. Antara perkara yang penting nama anda tidak disenaraihitam dan mengetahui kelayakan pinjaman yang boleh dibuat.

Antara kelebihan apabila anda telah bersedia dengan deposit dan status pinjaman yang bersih, ejen hartanah boleh membantu anda mendapatkan harga yang terbaik. Selalunya proses negotiating akan menjadi mudah dan pastinya anda akan mendapat harga yang memuaskan hati.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: