Tip Beli Rumah – Semak Status & Kelayakan Pinjaman Rumah

Dari lepas raya cina Februari lepas hingga sekarang, boleh dikatakan ramai sahabat-sahabat sibuk mencari rumah dan ada juga telah membeli rumah. Sebagai Perunding Hartanah di kawasan Bangi dan Kajang, boleh dikatakan panggilan telefon yang masuk meningkat lebih 2 kali ganda dan jualan juga bertambah kebelakangan ini.

Bagi memastikan objektif membeli rumah anda tercapai, saya mencadangkan agar sahabat-sahabat menyemak terlebih dahulu status dan kelayakan pinjaman rumah. Pastikan anda bersih daripada blacklisted samada CTOS atau CCRISS. Sekiranya blacklisted , agar sukar mendapatkan pinjaman di bank.

Bagi yang bersih daripada blacklisted, anda perlu tahu berapa kelayakan pinjaman yang boleh dibuat. Nak senang pergi berjumpa dengan pegawai bank yang menguruskan pinjaman atau pembiayaan rumah. Dalam masa yang sama cuba dapatkan maklumat lanjut berkenaan pinjaman perumahan seperti takaful, bayaran guaman pinjaman, duti setem dan sebagainya.

Apabila perkara di atas dapat dibuat sebelum anda melihat rumah untuk dibeli, ini memberi kelebihan kepada anda kerana anda boleh terus membayar duit muka atau booking fee apabila berjumpa dengan rumah yang diminati. Ada juga kes pembeli terpaksa berputih mata apabila rumah yang diminati ditempah oleh orang lain gara-gara tidak tahu status dan kelayakan pinjaman. Selalunya ejen atau perunding hartanah tidak mengambil booking fee sekiranya status dan kelayakan pinjaman tidak semak dahulu.

Oleh itu, pastikan anda membuat perancangan yang rapi bagi membeli rumah atau hartanah yang merupakan instrumen pelaburan yang tebaik ini.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

2 comments
ayus says May 30, 2011

cemana nak check eligibility kita kat bank?nak tanya apa?

Reply
    Zulhisham says October 12, 2011

    Ayus, just call pegawai bank yg uruskan loan rumah. Nanti pegawai bank tu boleh kirakan brp max kelayakan loan. Tp selalunya loan 95% dr market value rumah.

    Reply
Add Your Reply