Semak Penalti Bank

Shares

Penalti bank adalah perkara penting yang perlu diambilkira bagi setiap orang yang merancang untuk menjual rumah. Penting kerana ia akan melibatkan kos yang perlu dibayar oleh pemilik rumah kepada pihak bank dan bayaran juga agak besar bergantung kepada perjanjian yang telah dibuat pada peringkat awal.

Penalti bank ini hanya dikenakan kepada pemilik rumah yang menjual rumah kurang daripada locking period yang dipersetujui. Kebiasaanya jangka masa locking period di antara 3 hingga 5 tahun. Apa pun sila rujuk dokumen perjanjian pinjaman untuk maklumat terperinci atau hubungi pihak bank.

Bagi sahabat-sahabat yang merancang untuk membeli rumah atau hartanah lain, sila pastikan berapa lama locking period ini dan berapa kos penalti akan dikenakan. Sekarang ini juga ada beberapa bank tempatan menawarkan pinjaman tanpa locking period. Pandai-pandailah membuat pilihan yang terbaik.

Akhir kata, diharapkan artikel ini dapat memberi sedikit info berguna bagi membuat perancangan rapi sebelum menjual rumah anda. Apabila ada keuntungan jangan lupa dizakatkan. 😉

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: