Semak Harga Pasaran

Harga rumah untuk dijual memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesebuah rumah dapat dijual atau tidak. Mungkin ini dapat difahami bagi sesiapa yang pernah menjual rumah mereka.

Bagi ejen atau perunding hartanah berpengalaman, ini adalah tugas mudah kerana mereka mempunyai hubungan yang cukup baik dengan pegawai bank dan jurunilai tetapi mungkin agak sukar bagi pemilik rumah.

Ada pelbagai cara untuk mengetahui harga pasaran semasa. Antara cara mendapatkanya dengan berhubung dengan jiran-jiran sekeliling.

Biasanya pasti ada jiran yang telah menjual rumah atau membeli di kawasan setempat atau membuat pinjaman semula (refinance) rumah. Ini secara tidak langsung akan melibatkan tugas jurunilai bagi mendapatkan harga pasaran.

Bagi cara secara online pula, anda boleh rujuk iklan di internet seperti Mudah.my, Iproperty.com.my, thinkproperty.com.my atau pelbagai website yang lain. Anda boleh membuat perbandingan harga bagi rumah-rumah yang hampir sama daripada segi keluasan tanah, keluasan bangunan (build up), ubahsuai yang telah dibuat seperti kabinet dapur, plaster ceiling, sambungan bahagian dapur dan sebagainya.

Harga-harga yang ditawarkan adalah harga buka bukan harga mati bagi memberi ruang proses tawar-menawar (negotiating). Daripada harga tersebut anda boleh mendapatkan anggaran harga semasa bagi kawasan anda.

Berdasarkan pengalaman sebagai perunding hartanah, ada juga pemilik rumah yang menjual pada harga lebih rendah daripada pasaran. Ini pastikan merugikan pemilik rumah tersebut.

Ada juga yang menjual pada harga yang terlalu tinggi sehinggakan rumah tersebut tidak dapat dijual malahan tiada satu panggilan masuk bagi bertanyakan maklumat berkenaan rumah tersebut.

Apa pun sekiranya anda telah mendapatkan harga pasaran semasa, kini anda boleh membuat iklan atau mewar-warkan kepada potensi pelanggan anda.

Tetapi harus diingat, menjual rumah bukan sekadar mengetahui harga pasaran malah lebih daripada itu. Bagi sesiapa yang merancang untuk menggunakan khidmat ejen @ perunding hartanah, sila hubungi ejen-ejen di kawasan anda untuk maklumat lanjut.

Nota :

Dapatkan Harga Pasaran dengan sistem SMS di http://www.gohartanah.com/semak-harga-pasaran

 

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

24 comments
syafiq says December 26, 2011

salam.. saya nk tanya mcm mana nk tahu mrket price rumah? sebab sekrang sy nk mnjual rumah di ipoh dan xtahu brapa harga yg patut diletakkan, tq

Reply
    Gohartanah says December 29, 2011

    Syafiq, kalau nak tahu market value rumah just refer kpd pegawai bank yang uruskan pembiayaan rumah. Selain itu boleh berhubung dgn jurunilai berhampiran.

    Reply
Nsuhaimi says January 6, 2012

Salam..saudara Zulhisham,

Saya bercadang untuk jual rumah saya( Low cost double storey) di jalan Teratai 1/9, Taman bukit Teratai..Ampang 68000.

Berapa kah anggaran value untuk dijual…

terima kasih
nsuhaimi

Reply
aiman says February 24, 2012

Assalammualaikum,.

Saya hendak jual rumah saya di Serendah Makmur, tapi saya tidak ada pengalaman dalam menguruskan hal jual rumah selama ini. Harga pasaran pun saya tidak mengetahuinya.

Untuk pengetahuan , rumah tersebut tiada pengubahsuaian, saya dpt kunci dah 3 tahun, disebabkan saya telah posting kerja jadi rumah tersebut terbiar.

Bagaimana saya hendak buat pegurusan tersebut.

Terima kasih.

Reply
    Gohartanah says March 27, 2012

    Aiman, saya cadangkan lantik perunding hartanah berdaftar yg mahir di kawasan tersebut.

    Reply
farida says March 12, 2012

salam, saya ingin menjual rumah tapi saya tiada pengalaman , harga pasaran pun saya
tak tahu. untuk pengetahuan saudara rumah saya apartment low cost
lokasinya di sungai buloh , 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Boleh saudara beri pendapat/
bantu saya . tq

Reply
    Gohartanah says March 27, 2012

    Farida, utk dapatkan market value saya cadangkan hubungi pihak valuer atau tgk di internet ada tak org nak jual rumah di kawasan sekitar.

    Reply
hasliza says March 13, 2012

Salam,

saya dalam proses menjual rumah harga rm250k, berapakah legal fees yang perlu saya bayar

Reply
    Gohartanah says March 27, 2012

    Hasliza, legal fee utk 250k adalah RM 2,200. Nnt ada disbursement yg perlu dibayar. Apa pun kena dapatkan sebut harga daripada pihak lawyer.

    Reply
abdul hanif johari says July 15, 2012

saya ada sebuah medium apartment di klang..dan saya ingin menjualnye dgn harga 65k dan saya nak tahu cara juallan nye..pasal nak beli rumah teres..tak tahu nak mulakn bagaimana?????

Reply
ottilee says July 22, 2012

Salam,

saya berhasrat nak menjual rumah beralamat di tmn desa PD,PD N9.
saya berkhidmat di jabatan awam ,tahun depan saya akan bersara dan akan balik ke
sarawak. bagaimana saya nak membuat pengurusan jualan rumah tersebut.
sekian terima kasih…

Reply
Aishah says September 3, 2012

Salam,,

Saudara Zulhisham,
Saya nak bertanya lah mcm mne nak menjual rumah dan berapa harga yg patut di letak kan pada rumah tersebut…
Rumah apartment bawah sekeli level G rumah ini terletak dekat Puncak Alam Kuala Selangor..harap saudara dapat memberi pertolongan depada saya….

Terima kasih..
Aishah

Reply
Hajar says September 26, 2012

Saya nak jual rumah saya di Kluang, Johor (rumah teres 1 tingkat, 22 x 75). Saya beli rumah tersebut dgn harga RM160k tetapi telah diberitahu bahawa harga rumah tersebut di pasaran sekarang hanya RM102k sahaja. Soalan saya:

1) Boleh kah hal ini berlaku? (harga rumah semasa lebih rendah berbanding harga semasa beli)
2) Sekiranya saya baru 2 tahun membeli rumah, bagaimana saya nak tahu bayaran penalti yang saya perlu bayar kepada bank sebab belum cukup 5 tahun
3) Adakah menjadi satu kesalahan jika saya nak jual rumah tersebut sebanyak 160k (melebihi harga penilaian semasa)

Terima kasih.

Hajar

Reply
    norhayati says November 8, 2012

    saya minat nak beli. lokasi di mana.masih ada lagi?

    Reply
    faizul says May 20, 2013

    salam, saya berminat utk mengetahui jualan rumah puan boleh reply no hp saya 017-7066123

    Reply
Azman says September 29, 2012

Cara hendak men jual rumah di rantau negeri sembilan blh. Hubungi saya 0196835486

Reply
widiyaastuti says May 10, 2013

assalamualaikum.. sy konfius bapa sy nak bli rumah y kami duduki sekarang dengan harga 82 k bagi rumah flat..OK ke hrge 2??,xp bpa saya bkn warganegara. sdangkan sy masih belajar, blhke bapa sy mmbli rumah dan 82 k tu ok ke hrgeny??

Reply
alif says June 13, 2013

salam..dalam urusan jual beli rumah, sape yg sepatut ye membayar fee lawyer utk s&p n pindah milik…pembeli atau penjual..

Reply
    Gohartanah says June 13, 2013

    En Alif, kebiasaannya pembeli. Sekiranya penjual lantik peguam bagi pihak penjual, maka penjual yang akan bayar. Dalam kes ini akan ada 2 peguam iaitu peguam penjual dan peguam pembeli

    Reply
Asneeda Mokhtar says September 12, 2013

Salam saya nak tanya berapa ye market value rumah di taman kantan peemai

Reply
Rizal Kabilah says October 12, 2013

Salam tuan… Berapa value RTST-2 di taman intan duyung PD

Reply
Aja Sya says November 20, 2013

bp value umah low cost pandan utama, kg pdn…

Reply
Bonceng Khayalan says November 25, 2013

Mohon berikan harga semasa rumah di GREEN VILLA APARTMENT… rumah tingkat 1 keseluruhan 5 tingkat berlif….. rumah baru 3 tahun diduduki…. 3 bilik tidur dan 2 bilik air….mohon berikan yang berkenaan…. sekian tuan….

Reply
Malek Hj Mohd says December 18, 2013

salam tuan boleh sy tau bp value rumah bungalow setingkat di taman keramat, jalan enggang 13. rumah asal. keluasan 55×90. harap tuan dpt membantu.

Reply
Add Your Reply