Jual Rumah Bukan Sekadar Iklan di Mudah.my

Shares

Baru-baru saya telah dihubungi oleh pemilik rumah yang ingin menjualkan rumah 2 tingkat yang berharga +- 300k. Seperti biasa saya akan dapatkan info berkaitan rumah dan seterusnya pergi tengok rumah untuk ambil gambar. Selesai ambil gambar, saya pun menerangkan berkenaan prosedur-prosedur yang terlibat dalam jual beli hartanah dari pemasaran, bawa potensi pembeli tengok rumah, proses bayaran booking, perjanjian jual beli (snp) dan seterusnya. Setelah semua selesai, tuan rumah memaklumkan sebelum ni dia cuba jual sendiri tapi tak berjaya walaupun ramai yang berminat untuk beli.

Apa yang nak saya tekankan di sini jual rumah bukan sekadar iklan di internet seperti di Mudah.my, forum atau Facebook sahaja. Itu hanya satu elemen pemasaran. Banyak lagi proses yang perlu ditempuhi dan kalau tiada kenalan seperti pegawai bank, peguam, juru nilai dan sebagainya agak menyukarkan. Akhirnya rumah tidak dapat dijual walaupun ramai potensi pembeli dan seterusnya kepala pun jadi serabut.

Jual beli rumah ni bukan ambil masa seminggu atau 2 minggu tetapi berbulan-bulan. Ini belum masuk masalah-masalah yang timbul semasa permohonan pinjaman, proses snp dan tukar milik. Cara paling mudah untuk jual rumah, hubungi sahaja perunding @ ejen hartanah di kawasan anda. Minta perunding tersebut terangkan secara detail sehingga anda berasa senang hati untuk jual rumah. Nak jual sendiri pun tak de masalah sekiranya anda telah buat persediaan awal. Yang penting objektif untuk jual rumah tercapai.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

2 comments
Fendi says November 30, 2012

Apartmen Corner Lot, Dataran Automobil,Seksyen 15 Shah Alam
utk dijual SEGERA. RM185K nego
Call fendi 012-6763467. Direct owner

Reply
shaari says November 21, 2011

Tuan,

Ada uruskan jual property di port dickson terutamanya PD Tiara Apartment?

Terima Kasih

Reply
Add Your Reply