Semak Kelayakan Sebagai Persediaan Awal

Pertama saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang menghubungi saya bagi mencari rumah. Rata-rata yang call telah menyemak kelayakan pinjaman dengan pihak bank. Walaupun semak secara kasar tapi ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada anda untuk mencari rumah.

Bagi yang blacklisted, anda perlu berbincang dengan pihak bank bagi menyelesaikan masalah tersebut terlebih dahulu sebelum layak membuat permohonan pinjaman.

Kelebihan bagi bakal pembeli yang sudah menyemak status kelayakan pinjaman, anda boleh terus booking rumah apabila telah terjumpa rumah yang diminati. Ini kerana kebanyakkan perunding hartanah seperti saya tidak akan memproses booking sekiranya kelayakan pinjaman belum disemak. Ini adalah langkah awal bagi saya memastikan pembeli saya adalah betul-betul asli atau genuine.

Perkara ini juga amat penting bagi mendapatkan harga yang terbaik daripada pemilik rumah. Selalunya pemilik rumah akan berbincang secara serius apabila mengetahui bakal pembeli tersebut adalah pembeli genuine.

Tetapi bagi anda yang telah membuat semakan, anda tidak boleh mendabik dada kerana selagi letter offer (lo) daripada pihak bank belum dikeluarkan, pinjaman atau pembiayaan anda masih belum diluluskan. Apa pun kena pastikan anda boleh selesaikan  LO secepat mungkin.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: