Open House dan Tengok Rumah

Shares

Walaupun hari ni ramai yang sibuk buat open house atau menghadiri jemputan open house, rutin sebagai perunding hartanah tetap seperti biasa malah bertambah sedikit. Jumpa owner dan bawa buyer tengok rumah, dari pagi hingga ke senja. Sebelah malam layan Sekincan Ikan Bakar di Jalan Reko Kajang.

Hari je ada 2 appointment dengan owner dan 5 appointment dengan potential buyer. Dengan owner semua berjalan lancar dan dengan buyer nampaknya macam ok. Apa pun semua potential buyer perlu dimajukan kepada banker sebelum proses booking dimulakan. Just nak pastikan potential buyer betul2 genuine. Selain tu esok perlu call owner untuk negotiate harga. InsyAllah kalau harga sesuai dan loan boleh lepas, bermula lar proses booking.

So tip untuk sahabat-sahabat yang nak beli rumah, lepas je jumpa rumah yang diminati terus je booking. Kalau tangguh-tangguh nanti melepas pula. Macam mana nak booking tu, cepat-cepat lar hubungi perunding hartanah anda.

 

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: