Nak Jual Rumah Pun Kena Ada Ilmu

Shares

Tulisan ini ditujukan khas kepada pemilik-pemilik rumah yang sedang merancang untuk menjual rumah. Apa pun ilmu adalah intipati dalam apa-apa urusan sekalipun. Dengan ilmu tahap keyakinan akan bertambah, hati senang sebab tak perlu risau, boleh buat perancangan awal terutamanya apabila anda nak jual rumah. Jual rumah bukan boleh selesai seminggu atau 2 minggu tetapi berbulan-bulan lamanya malahan ada juga sampai bertahun.

Tak kisah samada anda nak jual sendiri atau guna khidmat perunding hartanah, yang pasti kena ada ilmu terutamanya bagi yang nak uruskan sendiri. Bagi yang nak guna khidmat perunding hartanah, pastikan anda mendapatkan maklumat yang mencukupi daripada perunding hartanah. Ini penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Apa kata apabila dah buat keputusan untuk jual rumah tu, buat lar sedikit kajian berkenaan harga pasaran rumah tu. Boleh tanya di kejiranan yang pernah jual atau beli dalam tahunan semasa. Ini dapat memberi panduan bagi anda menentukan harga jualan. Tanya terus ke jiran yang terlibat lagi bagus bagi mengelakkan maklumat yang tidak tepat.

Selain tu pastikan anda juga mencari maklumat di internet seperti Mudah.my, Iproperty, Home Guru dan sebagainya. Apabila semua maklumat dah ada baru boleh buat anggaran harga jualan. Lepas tu boleh buat keputusan yang jual sendiri atau lantik perunding hartanah. Ini bagi mengelakkan anda menjual di bawah harga pasaran dan seterusnya keuntungan hasil jualan pun berkurangan. Tapi sekiranya anda sudah tahu harga pasaran semasa dan ingin menjual dengan lebih murah, itu adalah hak anda. Menjual pada harga pasaran atau di bawah harga pasaran merupakan satu strategi bagi menarik minat potensi pembeli.

Lagi satu perkara penting ialah prosedur jual beli terutamanya bagi mengunakan khidmat perunding hartanah. Ini kerana perunding hartanah berdaftar terikat dengan polisi atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh syarikat atau LPPEH. Pastikan apabila rumah yang telah dibooking, anda menandatanggani dokumen yang akan disediakan oleh perunding hartanah. Antara nama dokumen ini ialah booking form, letter offer to purchase atau sebagainya. Yang pasti pihak pembeli dan penjual perlu tandatangan dokumen ini dengan disaksikan oleh perunding terlibat. Booking ini amat penting kerana merupakan salah satu dokumen wajip bagi permohonan pinjaman dan persediaan dokumen perjanjian jual beli (S&P).

Apabila proses booking dah selesai, proses seterusnya adalah menandatangani S&P. Pihak peguam yang telah dilantik anda memaklumkan bila boleh tandatanggan S&P ni. Kebiasaannya dalam masa 14 hari bekerja, S&P dah boleh ditandatangani. Apa pun sila rujuk peguam yang menguruskan kes anda.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

7 comments
Bakhtiar says November 8, 2011

Baru saya faham yang 14 hari tu adalah 14 hari berkerja. Risau juga sebab kelam kabut buyer nak dapatkan loan kalau pertama kali membeli. Insyaallah saya akan tolong prospek saya sebaik mungkin.

Reply
    Gohartanah says November 8, 2011

    Ok. Apa pun rujuk balik kontrak yang telah ditandatangani seperti booking form atau snp.

    Reply
Syaz says March 19, 2012

Saya nak jual rumah dan dah ada potential buyer.Sekarang ni agent minta snp saya,katanya nak bagi pada buyer.Agak keliru juga sebab kenapa pulak saya perlu bagi snp saya?bukan ke dia akan buat snp yg baru?kalau perlu,bukan ke kena bagi pada lawyer sahaja?

Mohon bantuan…..

Reply
    Gohartanah says March 27, 2012

    Syaz, tak de masalah utk pihak bakal pembeli utk minta snp lama. Mungkin utk buat pengesahan sebelum tindakan selanjutnya atau pun bakal pembeli nak uruskan lawyer sendiri.

    Reply
    Zulhisham Gohartanah says August 4, 2019

    S&P tu diperlukan untuk mohon pembiayaan bank. Selepas pembiayaan diluluskan, baru lantik peguam bagi buat S&P yang baru.

    Reply
aida esa says September 2, 2012

Salam en zul, brpkah kos yg perlu saya byr utk melantik agen hartanah dlm urusan jual-beli rmh.. Saya bercdg utk menjual rmh saya and dah ada buyer.. Tq.

Reply
    Zulhisham Gohartanah says August 4, 2019

    Kos ejen hartanah yang telah ditetapkan adalah 3% hari harga jual.

    Reply
Add Your Reply