Beli Rumah : Pinjaman Vs Pembiayaan

Pinjaman Vs Pembiayaan, so siapa yang menang dan apa bezanya?

Ramai juga keliru dan ada juga tak tahu apa beza pinjaman dan pembiayaan. Ayat yang paling mudah bagi membezakan 2 kata di atas ialah pinjaman merujuk kepada sistem perbankan kovensional dan pembiayaan merujuk kepada sistem perbankan islam. Oleh kerana sudah ramai di luar sana yang sudah terbiasa dengan penggunaan kata seperti pinjaman atau loan, maka kata “pinjaman” juga digunakan bagi produk perbankan Islam.

Bagi orang Islam, sebenarnya mereka tidak ada pilihan untuk menggunakan produk perbankan Islam walaupun ada beberapa perbezaan yang nampak di mata kasar perbankan kovensional lebih menguntungkan. Apa pun selain untung di dunia, untung di akhirat juga perlu diambilkira.

Apabila sebut berkenaan pinjaman atau produk kovensional, ianya tidak akan lari daripada riba. Riba ni adalah haram di sisi Islam. Dosa amalan riba ini amat besar dan umpama berperang dengan Allah SWT dan Rasul SAW. Antaranya ayat Al Quran berkenaan riba seperti di bawah :

Allah berfirman :
Maksudnya; “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah al-Baqarah : 278-279)

Oleh itu nak pilih produk yang halal atau haram? tepuk lar dada sendiri untuk cari jawapannya ye.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

2 comments
Rij says February 28, 2012

Salam,

Pada pandangan kerdil saya:-

Pinjaman ialah suatu kontrak yang mana kita memberi wang kita kepada yang memerlukan dengan syarat, kembalikannya dalam tempoh yang ditetapkan. Pinjaman boleh jadi islamik (tanpa lebihan / riba) dan boleh jadi pinjaman berasaskan riba.

Pembiayaan pula ditakrifkan dengan KEMUDAHAN BERHUTANG. Di sini, ada banyak cara untuk memberi kemudahan tersebut. Antaranya ialah kaedah membeli dan menjualkannya dengan harga tinggi (Murabahah / Musawamah), kombinasi pinjaman serta sewa (Musharakah Mutanaqisah), Ijarah (Pembayaran perkhidmatan) dan juga pinjaman itu sendiri. Dengan inovasi tersebut (selain dar pinjaman), secara tidak langsung, si pemberi pinjam mempunyai hak untuk mendapat perolehan tersebut.

Dalam kaedah Murabahah, si pembiaya (bukan pemberi pinjam) biasanya (dan sepatutnya) merupakan usahawan. Jadi, dia sepatutnya bertanggung jawab terhadap kerosakan barang yang dijualnya. Itulah risiko yang dia hadapi. Justeru, dia mempunyai hak untuk menaikkan harga barang tersebut.

Dalam kaedah Musyarakah Mutanaqisah, Si pembiaya mempunyai share ke atas barang yang dibeli bersama-sama pembeli. Jadi since pembeli menggunakan share pembiaya itu untuk kepentingan dia (seperti duduk dalam rumah yang dibeli bersama), maka di samping membayar balik hutang pinjaman barang itu tanpa riba, si pembeli seharusnya dikenakan caj sewa berdasarkan peratusan share oleh pembiaya tersebut.

Untuk Ijarah, PTPTN selalu pakai konsep tersebut. Dia ada rental rate (bukan riba w/pun pengiraan macam interest) macam Musharakah jugak, juga bayaran balik pembiayaan tersebut tanpa riba.

Jadi, kita kena betul2 define perbezaan antara Pinjaman dan Pembiyaan secara menyeluruh!

Reply
    Gohartanah says February 29, 2012

    Rij,

    komen yg berguna dan sungguh detail. harap komen ni dpt memberi manfaat kpd org lain.

    Cuma dlm konteks pembelian hartanah, bank2 konvensional hanya menyediakan pakej pinjaman berasaskan riba. Rasanya tak de pinjaman tanpa riba seperti dlm Islam iaitu Qardhul Hassan.

    Saya dimaklumkan bank2 yg menggunakan sistem perbankan islam menyediakan pakej pembiayaan shj.

    Penulisan ni pun fokus kpd bidang hartanah shj

    Reply
Add Your Reply