Duit Booking Rumah Dipulangkan Atau Hangus?

Saya terpanggil untuk menulis berkenaan isu di atas setelah ditanya client pada hari minggu lepas. Hari ni pun ada yang call tanya pandangan saya.

Duit booking dipulangkan atau dikira hangus bergantung kepada beberapa keadaan. Secara umumnya duit deposit akan dikira hangus atau forfeited. Ada beberapa sebab kenapa perlu forfeited dan dalam tulisan ini saya nak fokus kepada keadaan wang pendahuluan atau booking fee dapat dipulangkan.

Pada peringkat awal pastikan anda memahami perkara asas untuk membeli rumah. Selalunya perunding hartanah akan menerangkan prosedur jual-beli. Sekiranya maklumat tak mencukupi, tanya sampai anda betul-betul rasa selesa. Sekiranya anda telah ketemu rumah yang dicari-cari, pastikan anda meminta perunding hartanah berbincang dengan owner agar wang deposit 3% dapat dipulangkan sekiranya tidak mendapat kelulusan pinjaman @ pembiayaan bank.

Apabila owner setuju untuk pulangkan wang pendahuluan sekiranya loan tak lepas, pastikan dokumen booking form yang anda akan tandatangani tertulis berkenaan permulangan wang pendahuluan. So boleh lar teruskan proses booking agar rumah ni tidak terlepas kepada orang lain.

Tapi apa pun, kebanyakkan perunding hartanah akan pastikan semua potensi pembeli perlu menyemak kelayakan loan dengan pihak bank. Dalam perkara ini, perunding hartanah akan berikan beberapa pegawai bank untuk menyemak kelayakan loan. Kalau loan ok baru boleh booking rumah yang diminati.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

4 comments
Tarmizi Zakaria says April 13, 2013

Tahukah anda berapa ramai yg tak berilmu ditipu dalam urusan pembelian rumah..bayar 10% drpd harga rumah…rumak 200k kena byr 20k..bila loan tidak approve..20k hangus/ burn..ini ikut system kapitalis bukan islam..penganiyaaan keatas insan2 yang bole hanya mimpi utk dapatkan rumah. Tidak bole kah buat simple. Ali nak beli rumah harga 200k. Pegi bank bwk doc , bila dpt confirmation dari Bank baru beli. Jangn bayar walau 3 percent kpd agent. Apa kelulusan agent ni? jgn byr Booking atau keseluruhan 10 percent lagi. Bila segala segala dak lulus baru bayar 10 percent. Ni sistem kapitalis yang sehingga sekarang diikut oleh kita. Ini bukan Islam..Penganiayaan

Reply
    norshahidah says May 14, 2013

    salam en.tarmizi, sy shahidah. sy nk tanya tentang deposit rumah saya yg masih di tgn agent. suami saya byr rm6k dari harga rumah yg hendak dibeli rm170k pd bln 6 tahun lepas. masalah saya ialah dari tahun lepas bank xluluskan loan suami saya. kami dah beritahu agent yg takde rezeki takpe jadi kami nk deposit kami semula kerana tidak mahu owner menunggu lama tetapi agensi kata owner takde masalah dan xkisah dan agensi akan cuba apply loan lagi. tetapi berlarutan hingga pd bln 10/11 tahun lepas kami dah give up utk teruskan kerana lebih kurang 6 bank yg kami cuba suma reject melainkan letak 2 nama. nama saya tidak boleh digunakan kerana masalah kakak saya menggunakan nama sy dan tidak byr loan secara konsisten. bila kami meminta wang pendahuluan semula, agensi minta cuba lagi sedangkan kami dah tidak berminat. agent kata last try dan dia apply pada bln jan 2013 lepas dan lulus. tetapi saya da xberminat kerana saya da membuat kira2 yg saya suami isteri xmampu membayar monthly komitmen yg agak tinggi dgn bakal kelahiran anak kami. jadi kami tetap dgn keputusan mahu wang deposit sahaja semula. agent menyatakan wang deposit kira hangus kerana perlu membayar kerugian pada owner dan owner telah menunggu lama. kami argue kerana agensi yang drag masalah ini sehingga ke hari ini. agent juga menyatakan yg kami hanya boleh mengambil deposit sekiranya hanya semua bank di malaysia reject loan kami. loan kami bank tidak reject dan hanya perlu tambah nama kedua. benarkah? saya tidak berpuas hati dengan kenyataan agensi rumah itu kerana memaksa menggunakan dua nama. dan hari ini saya menerima panggilan yg agensi hanya boleh memulangkan rm1500 sahaja. dari rm6000 deposit, rm3000 perlu dibayar pada owner. rm3000 lagi agensi ambil. dan atas tolak ansur, owner bersetuju memulangkan rm1500 tetapi agensi tidak akan memulangkan wang lagi rm3000. adakah cara agensi ini betul?

    Reply
norshahidah says May 14, 2013

dan kami masih belum sign ape2 perjanjian surat bank or lawyer. dan bagaikah saya nak mendapatkan wang atleast separuh? masa nak byr deposit tidak ditrangkan tentang kena bank 1 malaysia reject semua dan pasal 2 nama.

Reply
norshahidah says May 14, 2013

dan tentang agent akan minta pihak bank menyemak dahulu potensi loan kami, dia tidak berbuat demikian sebelum letak deposit. dia hanya kata kita cuba sahaja. bila reject banyak alasan sehingga berlarutan ke hari ini.

Reply
Add Your Reply