Kenapa Deposit Beli Rumah 10% ?

Bagi sahabat-sahabat yang sedang bekerja keras untuk dapatkan senarai rumah yang sesuai dengan bajet dan keperluan semasa, mesti selalu terjumpa iklan terutamanya daripada perunding @ ejen hartanah yang menyatakan 10% sebagai deposit pembelian rumah.

Kenapa perlu deposit 10%?

Soalan ini biasa ditanya terutamanya bagi client yang pertama kali nak beli rumah. Jawapan pendek dan padat yang selalu saya berikan ialah margin loan adalah 90%. Apabila pihak bank biaya 90%, selebihnya pihak pembeli lar kena cover.

Bagi anda yang sudah sediakan 10% deposit ini mempunyai kelebihan apabila sudah terjumpa rumah yang diidamkan. Sebab anda boleh terus booking rumah tersebut. Tetapi pastikan anda telah menyemak kelayakan loan di bank dan rumah yang dibeli dijual pada harga pasaran. Kalau over market value, tentunya anda kena top up sebab loan tak cover dan ini saya akan kongsikan pada artikel yang akan datang.

Bagi anda yang tak cukup 10% tetapi mempunyai simpanan di KWSP, anda boleh juga membeli rumah. Dalam kes ini anda perlu dapatkan maklumat daripada ejen @ perunding berkenaan jumlah keseluruhan komitmen wang tunai yang perlu disediakan. Dan maklumkan kepada perunding tersebut berapa wang deposit yang anda ada dan simpanan KWSP. Kalau semua mencukupi baru boleh teruskan untuk booking rumah dan mohon loan. Apa pun pastikan anda dapat kerjsama yang baik antara perunding hartanah dan pemilik rumah.

Tapi harus diingat beli rumah bukan sekadar ada 10% deposit sahaja malah lebih daripada itu kerana anda juga perlu ambilkira kos guaman dan setem duti. Apa pun pastikan anda telah mendapat maklumat lengkap sebelum membuat keputusan.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

23 comments
ichi says October 14, 2011

skang nk cari 10% susah

Reply
    Zulhisham says October 14, 2011

    walau mcm mana pun kena usaha utk sediakan 10% deposit tu. Bank hanya bagi 90%. Ada beberapa bank bg 95% tetapi kena ready juga dgn kos2 lain.

    Reply
Gohartanah says November 2, 2011

Sekiranya ada simpanan di akaun 2 KWSP, cuba bincang untuk kurangkan deposit dan baki deposit akan dibayar apabila simpanan kwsp dikeluarkan.

Reply
speed says November 8, 2011

deposit/booking yg 3% tu biasanye refundable x?
dan bape lama tempoh tuk booking tu tamat(due date) klu dah bayar 3%?

Reply
    Gohartanah says November 8, 2011

    Speed,

    Wang deposit dipulangkan atau tidak bergantung kepada kontrak yang telah dipersetujui pada peringkat awal. Selalunya untuk kes tak dapat kelulusan loan boleh dipulangkan tetapi sekiranya pihak pembeli menarik diri kerana nak beli rumah lain, dalam kes ini owner tidak pulangkan wang deposit.

    Info lanjut baca artikel ni : https://bloghartanah.com/2011/10/duit-booking-rumah-dipulangkan-atau-hangus/

    Reply
      Poei Pokan says February 23, 2012

      Salam,

      Sebenarnya booking form tidaklah boleh digunapakai dalam mahkamah. Ertinya dalam kebanyakan kes, duit booking 3% boleh dituntut semula oleh pembeli tanpa soal. Apabila S&P sudah ditandatangani dan tambahan 7% deposit telah dibuat, wang tersebut masih boleh dituntut semula jika pembeli mengubah fikiran. Akan tetapi, tidak keseluruhan wang tersebut dikembalikan iaitu 1% boleh dikenakan oleh pemilik rumah sebagai bayaran untuk urusan sebelumnya dsb. Maka wang dikembalikan adalah sebanyak 9% sahaja dari 10% yang telah dibayar sebagai deposit. Sila rujuk peguam masing-masing untuk maklumat lanjut.

      Reply
Bakhtiar says November 8, 2011

Kalau property harga rm400k dan buyer nak guna skim rumah pertama yang mana financing boleh dapat 100% dengan jaminan kerajaan through danajamin, still kena bayar booking 3% ker?

Reply
    Gohartanah says November 8, 2011

    Kebanyakan owner nak deposit tunai sekurang-kurangnya sebahagian daripada 10% semasa sign snp bagi membiayai kos ejen hartanah, guaman dan sebagainya. Apa pun perkara ini kena dapatkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

    Deposit ini juga menandakan seseorang itu serius untuk membeli rumah dan telah membuat persiapan awal seperti menyediakan wang deposit. Wang ini juga boleh dijadikan keselamatan kepada owner sekiranya pihak pembeli menarik diri dan wang ini akan dikira hangus atau tidak dipulangkan.

    Reply
sheila says April 6, 2012

selain 10 %- perlukah pembeli menyediakan wang2 yg lain utk perkara2 lain seperti guaman.

Reply
iz says April 24, 2012

bagi kes saya, saya akan membuat pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). dan aset yang hendak dibeli adalah tanah. Saya dah berurusan dengan BPP dan diberitahu saya layak untuk membuat pinjaman 100% bagi tanah ini yang berharga RM120,000.

Saya tahu saya kena membayar duit booking (3%) sebanyak RM3,600. Bagaimana pula dengan 10% tersebut ? Bolehkah saya minta tuan tanah untuk tidak kenakan saya 10% kerana loan saya adalah 100% dan loan tersebut sudah pasti akan lulus. Bolehkah saya minta untuk tidak kenakan charge 10% ini.??

terima kasih.

Reply
azreen says June 17, 2012

iz says:
24-Apr-2012 at 3:56 am

bagi kes saya, saya akan membuat pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). dan aset yang hendak dibeli adalah tanah. Saya dah berurusan dengan BPP dan diberitahu saya layak untuk membuat pinjaman 100% bagi tanah ini yang berharga RM120,000.

Saya tahu saya kena membayar duit booking (3%) sebanyak RM3,600. Bagaimana pula dengan 10% tersebut ? Bolehkah saya minta tuan tanah untuk tidak kenakan saya 10% kerana loan saya adalah 100% dan loan tersebut sudah pasti akan lulus. Bolehkah saya minta untuk tidak kenakan charge 10% ini.??

terima kasih.

saya pun berminat nk tanya soalan yg sama cuma saya nk beli tanah beserta rumah..tq

Reply
Gohartanah says June 19, 2012

best practice mmg 10% perlu dibayar sehingga sign S&P. Di mana 3% semasa booking dan 7% semasa sign S&P. Kebiasaannya pemiilk akan sign S&P apabila ada 7% berada di depan mata. Bagi yang dapat loan 100%, 7% tu akan dibayar kepada pemilik apabila semua transaksi selesai dan pemilik tidak mahu menunggu lama. Deposit 10% juga menunjukkan kesungguhan dan komitmen dari pihak pembeli. Sekiranya pembeli menyediakan 10% deposit, baki 7% tersebut akan diterima apabila semuanya selesai.

Reply
    zul says September 4, 2012

    kawan saya guna govnment loan, 100% hanya perlu bayar booking fee sahaja rm1000, pemaju sediakan dokumen, kwn saya tandatangan sahaja dokumen tunggu untuk di proses, lepas loan lulus, pemaju bagi kunci,sudah dapat kunci untuk duduk,

    Reply
khairul says September 30, 2012

rumah baru bina ,bayaran kurang klau guna 100 peratus loan. mlainkan kalau membeli rumah seken hand. tuan rumah tentu nak duit dulu .

Reply
azam says February 26, 2013

salam…boleh tak kita guna kwsp untuk cover 10% tu? ni kes rumah seken…ke nak kena cari duit lain dulu cover 10% tu…?

Reply
    Gohartanah says February 28, 2013

    Azam,

    Itu bergantung kepada persetujuan pemilik rumah. Ada pemilik minta 10% deposit semasa sign SPA. Ada juga juga minta hanya 5% semasa sign SPA.

    Pada pengalaman saya, cuba bayar dalam 5% dulu bagi menyatakan komitmen bagi membei rumah tersebut.

    Reply
Edy says March 1, 2013

Salam, in case ada berlaku ejen tak mahu pulangkan duit booking 3% tu, kepada siapakah aduan perlu dilakukan? pihak polis?

terima kasih…

Reply
    Gohartanah says April 11, 2013

    Edy,

    Semasa bayar earnest deposit, ada bincang tak wang tersebut dipulangkan sekiranya pinjaman tak lulus atau sebagainya?

    Sebarang aduan berkenaan ejen hartanah berdaftar boleh dipanjangkan kepada Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH).

    Reply
Siti says March 8, 2013

Ad jiran sy ni,tdesak nk jual umh..tp dia ckp xpyh byr deposit..tgu byr dgn loan bank trus..blh ke mcm tu?

Reply
    Gohartanah says April 11, 2013

    Siti,

    Boleh je sekiranya pemilik setuju. Cuma loan bagi 90% sahaja. Rasanya semasa tandatangan SPA baru bayar deposit 10%.

    Reply
Mohamad Afandi Ahmad says August 28, 2013

Adakah ada kemungkinan kita tidak perlu bayar 10% deposit tu apabila kita mark up loan dengan bank sb value rumah semasa beli 80% berbeza dengan semasa siap nanti.Saya ada dengar sekiranya boleh mark up kita perlu juga bayar different value sebenar masa beli dengan value semasa siap…mohon pencerahan..

Reply
Mohamad Afandi Ahmad says August 28, 2013

Adakah ada kemungkinan kita tidak perlu bayar 10% deposit tu apabila kita mark up loan dengan bank sb value rumah semasa beli 80% berbeza dengan semasa siap nanti.Saya ada dengar sekiranya boleh mark up kita perlu juga bayar different value sebenar masa beli dengan value semasa siap…mohon pencerahan..

Reply
Nazrul Youb says October 19, 2013

Askum..sy ade plan nak beli sebuah rumah apartmnt brhrga rm165k. Ejen hartanah kate loan sy boleh smpai 90% je.sy ade mslh nak by 10% tu memandangkn sy br lepas kawen dh duit simpanan dh abis.sy hanya mampu byr dlm 5% tu pun guna duit kwsp. Duit sign s&p dn lawyer fees pun sy xde. Sy dah try bincang dgn ejen supaya bg mase utk sy kumpul deposit tp ejen kate 1st come 1st serve.sy nak mintak nasihat dr en zul perlu ke sy letgo rumah ni utk fokus simpan duit dl atau ade cr lain selain pinjam dgn keluarga memandangkan rumah yg sy nak beli ni amat strategik iaitu bedekatan dgn tmpat keje.

Reply
Add Your Reply