Macam Mana Nak Tahu Rumah Anda Telah Dijual?

Artikel kali ni mungkin berguna kepada anda yang sedang menjual rumah atau sedang mencari-cari info berkaitan penjualan rumah. Artikel sebelum ini juga saya telah tekankan jual rumah bukan sekadar iklan di internet sahaja. Banyak prosedur yang perlu anda tahu bagi objektif utama menjual rumah dapat dicapai tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya perkara ni pernah terjadi pada diri saya sendiri sebelum bulan Ramadhan yang lepas. Setelah penat berusaha mencari buyer untuk membeli rumah, owner maklumkan rumah tersebut telah dijual atau telah dibooking. Apabila diajukan beberapa soalan killer, owner tak dapat menjawap. Dipendekkan cerita rumah tersebut masih belum dijual tetapi SESEORANG telah memaklumkan bahawa rumah telah dijual.

Bagi pihak tuan rumah, pastikan anda telah diterangkan secara detail berkenaan prosedur jual rumah dan pastikan prosedur tersebut dipatuhi sepenuhnya. Berikut adalah checklist penting yang perlu anda ketahui bagi memastikan rumah anda benar-benar telah dibooking atau tidak.

  1. Booking Form – Pastikan anda diberikan booking form yang telah ditandatangani oleh pihak pembeli. Booking form ini akan menjadi bukti bahawa pihak pembeli bersetuju untuk membeli rumah anda. Booking form ini juga dinyatakan detail rumah yang dijual, syarat-syarat jual-beli, jumlah bayaran booking dan tandatangan pihak pembeli.
  2. Slip Bayaran – Slip bayaran adalah penting bagi menunjukkan pihak pembeli telah membuat bayaran deposit sebanyak 3% atau yang telah dipersetujui pada peringkat awal. Sebaiknya wang deposit ini dimasukkan terus ke akaun agensi hartanah bagi menjaga kepentingan pihak pembeli dan anda sendiri.

Diharapkan checklist ni sedikit sebanyak dapat memberi info berguna kepada anda. Jangan asyik difikirkan berapa jumlah yang diperolehi sampai mengabaikan untuk mengikuti proses jual-beli dari peringkat awal lagi. Apa pun keputusan di tangan anda.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

6 comments
KB says November 2, 2011

Agreed. Kadang-kala owner perlu tahu etika berjual beli hartanah, sebab bagi perunding hartanah seperti kita, adalah penting untuk bisnes jangka panjang. Saya rela hilang seorang pemilik rumah yang tidak beretika dari hilang buyer yang genuine dan bertolak ansur.

Jangan lupa join blos saya kalau berminat.

Terima kasih.

Reply
    Gohartanah says November 2, 2011

    KB, terima kasih sudi layari http://www.bloghartanah.com dan jgn lupa LIKE artikel ni 😉

    Sudah menjadi tanggungjawap bersama untuk memastikan transaksi jual-beli dapat dilakukan dengan baik dan penyertaan semua pihak amat dialu-alukan sebab jual-beli rumah ni memakan masa lebih dari 3 bulan dan ada sampai bertahun.

    p.s. KB, jom exchange link. link bisnesrumah.com saya dah masukkan ke link section di sebelah kanan.

    Reply
      Bakhtiar says November 8, 2011

      Ok, LIKE and link exchange done.

      Reply
Mohd Rashid Property says November 3, 2011

T kasih untuk artikel yang sangat berguna ini.

Reply
bukit gambang says December 3, 2011

baru tahu yang kena isi booking form, ingatkan kalau dah bayar booking tu dah dikira selamat.

Reply
    Gohartanah says December 6, 2011

    urusan jual-beli rumah ni ada risikonya. So dgn adanya hitam-putih senang sikit nak uruskan risiko tersebut.

    Reply
Add Your Reply