Cara Membeli Rumah Over Market Value

Shares

Kebelakangan ni ramai juga bertanya macam mana nak beli rumah yang melebihi harga pasaran atau over market value. Disamping itu saya juga ada menguruskan penjualan rumah yang over price di Subang Bestari pada bulan Januari yang lepas.

Perlu diketahui hartanah adalah satu produk yang unik terutamanya dari segi lokasi, harga, rekabentuk dan macam-macam lagi. Bagi rumah sub-sales atau rumah yang dijual oleh pemilik samada melalui perunding hartanah atau pemilik sendiri, selalunya terdapat 2 harga yang terlibat. Pertamanya adalah harga jualan iaitu harga yang telah ditetapkan oleh pemilik. Keduanya adalah harga pasaran atau market value yang telah ditentukan oleh pihak penilai hartanah atau valuer. Over market value atau over price ni akan terjadi sekiranya harga jualan yang ditetapkan oleh pemilik melebihi harga pasaran.

Dalam teori ekonomi, apabila permintaan atau demand meningkat sedangkan rumah yang dijual terhad, ini akan memberi peluang kepada pemilik untuk meletakkan harga jualan yang lebih tinggi. Ini kerana lagi tinggi harga jualan, maka lagi banyak keuntungan diperolehi.

Kebanyakkan hartanah yang over price ni terdapat di lokasi strategik dengan mengikut kawasan-kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti di Bandar Baru Bangi, Shah Alam, Petaling Jaya, Setia Alam dan kawasan-kawasan yang lain. Selain itu juga rumah corner lot berpotensi besar untuk dijual pada harga yang tinggi.

Kenapa perlu tahu market value?

Perkara yang perlu anda ketahui, bank hanya memberi pembiayaan perumahan 90% daripada harga pasaran. Selebihnya anda yang perlu sediakan. Ini bermaksudkan anda perlu ada wang pendahuluan lebih daripada 10%. Kebiasaannya pembeli yang berminat dengan rumah over price akan menggunakan duit simpanan sebagai wang top up bagi perbezaan pembiayaan dan 10% deposit. Selain itu juga anda boleh menggunakan simpanan di akaun 2 KWSP. Cara lain meminjam daripada ibu bapa atau adik-beradik. Apa pun elak meminjam pinjaman peribadi kerana ini akan memberi impak kepada permohonan pembiayaan rumah anda nanti.

Walaupun anda telah membuat keputusan untuk membeli rumah over market value, anda tetap membayar 3% sebagai booking fee dan 7% semasa sign S&P. Wang selebihnya akan dibayar selepas sign S&P dan selalunya pihak lawyer yang menguruskan S&P akan memaklumkan kepada anda.

Apa pun pastikan anda telah berbincang lebih lanjut dengan ejen hartanah sebelum membuat keputusan dan cari lawyer yang terbaik bagi menguruskan pembelian rumah idaman anda.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: