Pelaburan Hartanah Sebagai Instrumen Untuk Melabur

Mungkin kata “Pelaburan Hartanah” sudah terpahat dalam minda kita semua. Kenapa tidak, buka sahaja Facebook banyak status rakan-rakan sedang mempromosi instrumen pelaburan hartanah. Perkembangan penulisan di dalam blog berkenaan pengalaman, peluang pelaburan dan sebagainya juga berkembangan rancak sekali. Taip sahaja Pelaburan Hartanah, nanti En Google akan paparkan senarai blog atau website yang membincangkan pelaburan hartanah.

Anda Telah Melabur Dalam Hartanah?

Persoalannya sudahkah anda melabur dalam hartanah? Bagi anda telah bermula tahniah diucapkan dan bagi anda yang belum memulakan langkah pertama, peluang masih terbuka dan terus terbuka. Apa pun pastikan langkah pertama anda mendapatkan ilmu sebanyak mungkin sebab ilmu adalah kunci pelaburan dan ilmu juga merupakan ibu bagi semua jenis pelaburan di dunia ni.

Banyak sahabat-sahabat yang telah berjaya dalam pelaburan hartanah kini ingin berkongsi kejayaan dan pengalaman dengan menganjur seminar, bengkel, preview, ebook dan pelbagai lagi. Bagi yang berminat pastikan anda hadiri majlis ilmu ini. Antara seminar yang hangat di pasaran seperti Seminar Hartawan HartanahThriller Workshop HartanahMini Seminar Abang Ensem, dan bagi yang ada bajet lebih boleh pergi seminar atau bengkel yang dibuat Azizi Ali atau Milan Doshi.

Kelebihan Pelaburan Hartanah

Setiap pelaburan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Hartanah mempunyai ciri-ciri yang unik dan ini memberi kelebihan kepada pemiliknya. Antara kelebihan ialah pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Awal tahun ini sahaja penulis (sebagai perunding hartanah) berjaya menjual 2 unit rumah di kawasan Bangi dan Kajang dan keuntungan kasar yang diterima penjual lebih daripada 100k. Keuntungan 100k ini hanya dibuat dalam masa 2 tahun sahaja.

Selain itu juga, pemilik hartanah boleh memperolehi tambahan cash flow apabila menyewakan rumah dan tentunya ini boleh dijadikan pendapatan pasif bagi yang sibuk bekerja. Setiap bulan bayaran bulanan bank (monthly installment) dibayar oleh penyewa dan anda pasti tersenyum sebab masih ada baki duit sewa yang akan dilaburkan lagi.

Pelaburan hartanah memang mempunyai banyak kelebihan dan bagi mereka yang menceburinya sahaja dapat merasaikan kenikmatan pelaburan ini. Secara kasar setiap orang memerlukan rumah kediaman samada menyewa dan beli. Antara elemen utama pelaburan hartanah ialah nilai hartanah meningkat setiap tahun dengan meningkatnya permintaan. Rakyat Malaysia akan terus bertambah dan bertambah dan pastinya peluang anda menjadi seorang pelabur juga semakin besar.

Bagi memastikan anda menjadi pelabur yang berjaya, anda perlu mendapatkan ilmu sebanyaknya dengan menghadiri seminar, bengkel, menyertai kelab hartanah, membaca buku dan sebagainya. Walaupun pulangan pelaburan hartanah tinggi, risikonya juga tinggi sekiranya tidak dilakukan dengan betul.

Selamat berjaya.

 

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

1 comment
Cikgu A says August 28, 2012

Assalamualaikum En. Zul.

Pertamanya, terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan semua pembaca.
Semoga dengan ilmu yang tuan ada sedikit sebanyak dapat membantu tuan dan bangsa Malaysia terus maju.

Saya rasa mungkin tuan dah jumpa kes macam ni, cuma saya je yang tahu. heheh..
Untuk makluman tuan, saya telah membeli rumah pada tahun 2010, rumah tengah teres 2 tingkat, harga rumah 200K, lot antarabangsa.

Setelah kaw team dengan pemaju, saya mark up menjadikan harga rumah 220K pinjaman kerajaan.
Maklumlah, mude2 ni, mane ade modal nak grill, wiring, plaster syiling dll. Gune duit markup 20K tu la.

Persoalan saya:
1. Adakah akan timbul masalah jika saya nak jual rumah tu suatu masa nanti?
(Saya dimaklumkan kawan, jika kita markup rumah, nanti susah nak jual sebab kononya harga asal x sama disebabkan markup. Saye pon x faham sangat ape die cakap, Ade posibility ke? Cume nak dapatkan kepastian dan penjelasan dari pihak tuan)

2. Katekan saye nak jual rumah2. Ade ke resit2 yang kene saye simpan n tunjuk nanti mase nak jual rumah2?
Dokumen2 macam saye simpan, resit2 x ingat plak.

3. Adakah betul bahawa jual rumah lot antarangsa lagi untung sebab harganya naik lebih tinggi berbanding rumah lot bumi walaupun tempatnya sama? (jiran saya lot bumi).
Atau pun kelebihannya cuma pembeli saya boleh bukan bumi je? …

Minta tuan beri penjelasan pada saya..
Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. =).

Assalamualaikum!

Reply
Add Your Reply