Peperiksaan Bertulis LPPEH Tahun 2012

Shares

Hari ini tanggal 10 Julai sehingga 12 Julai 2012 merupakan hari peperiksaan bertulis yang dikendalikan Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Peperiksaan yang dibuat sekali setiap tahun ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi orang ramai yang berminat menjadi ejen hartanah berdaftar. Seperti tahun-tahun sebelum ini, LPPEH akan mengendalikan peperiksaan part 1 dan part 2 di Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Berdasarkan silibus semasa, setiap orang yang perlu mengambil 12 kertas di mana 6 kertas semasa di part 1 dan 6 kertas di part 2. Dijangka pada tahun 2013 terdapat sedikit perubahan daripada segi jumlah kertas yang perlu diambil serta jumlah maksima kertas yang boleh diambil pada setiap tahun. Maklumat lanjut berkenaan peperiksaan ini sila layari website LPPEH.

Untuk pengetahuan semua, pihak LPPEH hanya mengendalikan peperiksaan sahaja. Bagi anda yang berminat menghadiri kelas bagi pembelajaran secara formal, anda boleh menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak ketiga. Selalunya kelas akan dibuat pada waktu malam hari bekerja dan sesuai bagi anda yang sibuk pada siang hari.

Bagi yang telah lulus semua kertas peperiksaan, langkah seterusnya mendaftar sebagai Ejen Hartanah Percubaan dan melakukan Test of Profesional Competence (TPC) selama 2 tahun.

P.S : Selamat berjaya kepada sahabat di Rescom Realty yang mengambil peperiksaan pada tahun ini. Gud luck.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: