Bagi anda yang merancang membeli rumah dalam masa terdekat, anda bukan sahaja kena menyediakan 10% deposit sahaja malah anda juga perlu menyediakan kos-kos berkaitan seperti kos guaman, duti setem dan sebagainya.
Secara umumnya, duti setem akan dikenakan ke atas dokumen yang dikenali sebagai instrumen. Kebiasaanya dokumen yang akan dikenakan duti setem seperti perjanjian perjanjian sewa rumah (tenancy agreement), perjanjian jual beli rumah (SPA), Borang Pindah Milik (14A) dan sebagainya.
Duti Setem Pindah Milik
Kos duti setem pindah milik rumah perlu diambilkira dari awal kerana kosnya yang agak tinggi jika dibanding dengan kos duti setem yang lain. Kos ini dikira bergantung harga belian satu unit hartanah mengikut kaedah Ad Volarem. Lagi tinggi harga beli hartanah, maka kos duti setem juga tinggi.
[table caption=”Jadual Duti Setem Pindah Milik” width=”70%” colalign=”left|center”] RM, %Di atas adalah jadual duti setem bagi pembelian hartanah. Untuk lebih memahami sila rujuk contoh di bawah
Contoh 1 :
Harga apartment : RM 85, 000
Duti Setem : RM 850
Contoh 2 :
Harga : RM 350,000
Duti Setem : RM 6,000 => (100,000 x 1%) + (250,000 x 2%)
Contoh 3 :
Harga : RM 1,000,000
Duti Setem : RM 24,000 => (100,000 x 1%) + (400,000 x 2%) + (500,000 x 3%)
Kos ini perlu dibayar selepas tandatangan SPA dan pihak peguam akan buat bayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Seterusnya akan majukan kepada pejabat tanah bagi urusan pindah milik hartanah.
Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com