Semak Baki Hutang Sebelum Jual @ Refinance Rumah

Kali ni tajuk yang dipilih nampak ringkas sahaja tetapi memberi impak yang besar sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Ia akan memberi kesan yang agak besar kerana pemilik hartanah atau rumah perlu mengeluar duit sendiri di atas kesilapan yang berlaku. Kesilapan yang boleh dielakkan sekiranya menyemak baki hutang daripada pihak bank atau mana-mana institusi kewangan sebelum membuat keputusan menjual rumah atau membuat pembiayaan semula (refinancing).

Bagi yang merancang untuk menjual rumah dalam masa terdekat, anda digalakkan mendapatkan jumlah baki hutang bagi rumah tersebut. Baki hutang tersebut akan menentukan berapa keuntungan yang akan diperolehi apabila rumah tersebut terjual. Bagi rumah di kawasan strategik seperti di Bangi, Shah Alam, Subang dan Damansara, nilai hartanah di kawasan ini meningkat agak tinggi setiap tahun. Berbeza dengan jumlah pembiayaan akan berkurang sedikit demi sedikit bergantung kepada jumlah bayaran bulanan dan jumlah pembiayaan. Bagi rumah di kawasan ini, kebiasaannya pemilik rumah akan mendapat keuntungan yang agak besar.

Masalah akan timbul apabila harga jualan sama atau kurang daripada baki hutang di bank. Perkara sebegini akan lebih kritikal apabila pemilik rumah tidak tahu berapa baki hutang yang sebenar dan berangan-angan akan mendapat wang tunai apabila proses pindah milik selesai. Pemilik rumah bukan sahaja tidak mendapat wang tunai, malah perlu mengeluarkan duit poket sendiri bagi menjelaskan baki hutang dan kos-kos lain seperti kos guaman.

Bagi kes pembiayaan semula rumah atau refinancing, baki hutang amat diperlukan bagi anda yang merancang untuk membuat pembiayaan semula bagi jumlah hutang yang masih ada. Pembiayaan semula seperti ini kebiasaanya tidak memerlukan wang tunai daripada pemilik rumah. Duit poket hanya perlu disediakan sekiranya jumlah pembiayaan yang baru kurang daripada baki hutang. Nak selamat mohon pembiayaan lebih sedikit daripada baki hutang.

Ada pelbagai cara bagi mendapatkan baki hutang terkini. Antaranya berhubung dengan pegawai bank yang menguruskan pembiayaan dan pegawai bank akan memberi jumlah kasar baki hutang. Selain itu juga anda boleh melihat baki hutang yang belum dibayar dengan menggunakan kemudahan perbankan internet seperti Maybank2u.com.my. Kebiasaannya dalam 1 tahun, pihak bank akan menghantar penyata pembiayaan yang mengandungi maklumat pembayaran dan baki hutang.

P.S – ┬áMaklumat lanjut berkenaan pembiayaan semula rumah @ refinancing sila layari www.RefinanceRumah.com.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

2 comments
Wan Infolelong says June 27, 2013

terima kasih atas perkongsian saudara.

Reply
Add Your Reply