Pembiayaan Semula Rumah @ Refinancing

Pembiayaan semula rumah atau refinancing adalah satu proses pertukaran gadaian dari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Contoh institusi kewangan di malaysia seperti bank, MBSB, syarikat atau organisasi yang menyediakan pakej pembiayaan kepada kakitangan. Selain itu juga, rumah yang tidak mempunyai gadaian dengan mana-mana institusi kewangan juga boleh membuat pembiayaan semula.

Pembiayaan semula rumah mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Bagi pelabur hartanah, pembiayaan semula hartanah adalah satu teknik bagi menambah koleksi hartanah apabila hasil daripada pembiayaan semula dijadikan modal bagi membeli rumah. Sebaliknya bagi orang yang tidak bijak menguruskan kewangan, pembiayaan semula akan meningkatkan bebanan hutang untuk jangkamasa pendek dan panjang. Oleh itu pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan yang bertauliah.

Secara umumnya terdapat 2 tujuan pembiayaan semula iaitu mendapatkan modal tunai (cash out) dan tidak mengambil modal tunai. Modal tunai boleh diperolehi apabila nilai pasaran rumah meningkat dan dalam masa yang sama jumlah pembiayaan berkurangan. Jumlah modal tunai yang diterima adalah perbezaan harga rumah dan baki pembiayaan yang masih ada.

Bagi pembiayaan semula yang tidak melibatkan pengambilan wang tunai, pemilik rumah hanya membuat pembiayaan semula ke atas baki hutang yang masih ada. Sebagai contoh sekiranya baki hutang di bank ialah RM 200,000, pemilik rumah hanya memohon pembiayaan yang baru sebanyak RM 200,000 sahaja. Antara faktor yang mendorong pemilik rumah membuat pembiayaan semula seperti ini ialah bagi menikmatikan kadar interest yang lebih rendah, pakej pembiayaan yang menarik, mengurangkan bayaran bulanan atau memendekkan tempoh bayaran.

Ada beberapa proses yang perlu dilakukan bagi melepaskan gadaian dan membuat gadaian yang baru. Tentukan proses ini memerlukan khidmat peguam malah terdapat beberapa kos yang perlu diambil kira seperti kos guaman, duti setem, takaful dan sebagainya.

Oleh itu, bagi anda yang berminat untuk membuat pembiayaan semula atau ingin mendapatkan khidmat nasihat, sila berhubung dengan pegawai bank atau perunding kewangan di kawasan anda.

P.S –  Maklumat lanjut berkenaan pembiayaan semula rumah @ refinancing sila layari www.RefinanceRumah.com.

 

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

6 comments
lazim says January 16, 2013

saya nak tanya. kalau kita buat refinance rumah dgn bank yang sama, berapa lama masa diperlukan untuk proses ini?

Reply
ashraf says April 16, 2013

sy ade rumah cash di klang.sy 2nd owner.patern lama but corner lot 20×65.ade tanah tepi 30×65.harga rm140k.tahun 2010 sy beli.nilai rumah tu dlm 160-170k rasanye.now sy da sewa pada org (rm600 monthly) sbb pindah seremban 2.now duduk sewa rm550.sy cadang nak beli rumah yg sy sewa ni.cantik dan ade profit.boleh ke sy refinance rumah di klang tu then beli rumah di seremban 2 nie?sy keje sendiri(takde gaji tetap).dulu ade rekod ctos tp dah clear.sy mmg tak tahu menahu hal refinance ni.nak minta tlg abg sy dia sibuk pula.minta tlg pandangan dan cadangan.tq

Reply
    Gohartanah says April 18, 2013

    Ashraf,
    Refinance ni seperti memohon pinjaman yang baru di bank. Oleh itu pihak bank akan tengok pendapatan bulanan dan rekod CCRIS dan CTOS. Bagi yang pernah ada CTOS, pastikan rekod tersebut telah dibersih dan surat tersebut disimpan dengan baik. Ada juga kes CTOS telah diselesaikan, tetapi rekod di CTOS masih aktif.

    Reply
Rizal says April 20, 2013

Salam tuan, saya Rizal dari cimb menguruskan bahagian pinjaman perumahan.
diharap kita dapat bekerjasama dimasa hadapan.
saya amat konsisten dalam menguruskan pinjaman perumahan klien.
Terima kasih.

Shahrizal Saad
014-9137 961
wats up : 013-3313 066
email : [email protected]

Reply
Mohd Asrul says April 22, 2013

Salam,

Saya mohon minta pandangan dan nasihat En. Zulhisham. Saya memiliki hartanah yang mana bulanannya adalah sebanyak RM 670 yang dibeli pada tahun 2009. interest yang di tawarkan oleh pihak bank waktu itu adalah BLR -1.75.

Soalan saya:

Adakah wajar saya membuat pembiayaan semula dengan interest yg lebih rendah. ini kerana terdapat bank yang menawarkan interest BLR -2.00 dan umur saya waktu ini 30 tahun.

Bagaimana proses sekiranya saya ingin membuat pembiayaan semula.

Reply
James Kong says October 18, 2013

Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak? Jika ya hubungi kami di ([email protected]) untuk informasi lebih lanjut.

Nama:
Jumlah:
Durasi:
Pin Telepon:
Negara:

menawarkan pinjaman

Reply
Add Your Reply