Polisi Takaful Bagi Pembelian Hartanah

Memiliki hartanah agak mencabar kerana memerlukan modal permulaan yang besar. Lebih mencabar modal perlu disediakan dalam bentuk tunai. Modal diperlukan bagi deposit pembelian rumah, bayaran peguam, duti setem dan sebagainya.

Semua kos ini perlu ditanggung pihak pembeli.

Institusi kewangan hanya menyediakan kemudahan pembiayaan sebanyak 70%-90% daripada harga rumah. Rumah yang dibeli akan digadai kepada pihak bank sehingga jumlah keseluruhan pembiayaan selesai. Sekiranya pembeli gagal membuat bayaran-balik, pihak bank berhak ke atas hartanah tersebut.

Salah satu cara melindungi hartanah yang dibeli dengan membeli polisi insurans atau takaful. Terdapat pelbagai pakej pelindungan samada patuh syariah atau sebaliknya. Sebagai contoh polisi insurans atau takaful yang ada di pasaran seperti MRTA, MRTT dan MLTA.

Antara kelebihan pakej takaful ialah melindungi pembiayaan atau pinjaman yang dibuat. Sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, pihak takaful akan menyelesaikan baki hutang.

Bagi yang tidak membeli polisi takaful, sekiranya berlaku kematian bayaran bulanan perlu dibuat seperti biasa. Kegagalan membuat bayaran balik akan menyebabkan rumah dilelong.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, setiap orang perlu memiliki polisi pelindungan takaful. Pihak takaful akan menyelesaikan baki hutang. Pihak takaful juga akan memberi wang tunai kepada waris bergantung kepada pakej polisi yang diambil. Tentunya ini perkara terbaik untuk kehidupan di masa hadapan.

 

 

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: