Kelebihan Margin Pinjaman Rumah Rendah

Hari ini bawa pelanggan tengok rumah Banglo 2 Tingkat di Sg Merab, Dengkil. Setelah melihat keadaan rumah, pelanggan berminat untuk berbincang lebih lanjut.

Diringkaskan cerita, bakal pembeli ini berminat membuat margin pembiayaan sekitar  50% sahaja. JIka harga rumah RM 1 Juta, pembiayaan yang diperlukan hanya RM 500 Ribu sahaja.

Apa kelebihan pembiayaan bagi kes di atas?

Pertamanya, kebarangkalian permohonan diluluskan amat tinggi. Kebanyakkan bank berminat dengan pelanggan seperti ini.

Kedua, pembeli dapat membuat beberapa penjimatan seperti kos guaman, duti setem dan jumlah interest yang perlu dibayar.

Sebagai contoh pembiayaan RM 1 Juta, jumlah interest atau keuntungan bank yang perlu dibayar peminjam ialah RM 1.3 juta. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM 2.3 Juta.

Bagi pembiayaan RM 500 Ribu, jumlah interest adalah RM 650 Ribu. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar RM 1.15 Juta.

Dalam kes hari ini, pelanggan saya dapat berjimat sehingga RM 1.15 Juta. Iaitu hanya perlu membayar jumlah keseluruhan interest sebanyak RM 650 berbanding RM 1.3 Juta.

Jadi, anda nak bayar interest RM 650 Ribu atau RM 1.3 Juta?

Apa pun perkara seperti di atas dapat dibuat sekiranya anda mempunyai modal yang besar. Selain itu teknik ini amat sesuai bagi anda yang tidak berminat hidup dengan berhutang.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: