Bergelar Ejen Hartanah Percubaan

Shares

Syukur hari ini telah selamat menjawap kertas pertama sebelum bergelar Ejen Hartanah Percubaan. Rata-rata sahabat di INSPEN senyum lebar apabila keluar dari dewan peperikasaan. Cabaran pertama telah ditempuhi.

Ejen Hartanah Percubaan

Apa dan kenapa perlu menjadi Ejen Hartanah Percubaan? Bagi anda yang berminat menceburi bidang hartanah dan bercita-cita menguruskan agensi hartanah sendiri, Ejen Hartanah Percubaan adalah syarat utama sebelum anda menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.

Bukan mudah bagi mendapatkan kuasa untuk menjalankan amalan (authority to practice) yang membolehkan anda membuka agensi hartanah berdaftar dengan LPPEH. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak mampu mendapatkannya. Tentunya minat dan kesungguhan adalah cara terbaik untuk berjaya di dalam bidang ini.

Bagi melayakkan anda menjadi seorang Ejen Hartanah Percubaan, anda harus menduduki peperiksaan bertulis yang disediakan oleh LPPEH atau institusi yang dibenarkan LPPEH. Dalam peperiksaan ni, anda perlu lulus semua subjek. Markah lulus adalah 50% dan keputusan yang dikeluarkan hanya ada LULUS atau GAGAL sahaja.

Terdapat 12 kertas peperiksaan yang perlu diduduki. Senarai subjek yang perlu diduduki sila rujuk website LPPEH.

Bagi lulusan diploma atau ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh LPPEH, dikecualikan bagi menduduki peperiksaan ini. Lulusan ini boleh terus mendaftar sebagai Ejen Hartanah Percubaan.

Bagi sahabat-sahabat di INSPEN, tahniah kerana selepas ini anda akan dinaikkan pangkat. Dinaikkan pangkat dari seorang Perunding Hartanah kepada Ejen Hartanah Percubaan. Insyallah cabaran seterusnya akan ditempuhi bersama hingga berjaya.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: