Semak CCRIS Sebelum Bayaran Booking Rumah

Ramai pembeli rumah telah membuat persiapan sebelum membeli rumah. Rata-rata pembeli telah menyediakan duit deposit 10% serta kos-kos lain yang terlibat semasa membeli rumah.

Keadaan menjadi kelam kabut apabila bayaran booking telah dibuat tetapi pihak bank tidak dapat meluluskan pembiayaan. Bukan satu bank tetapi beberapa bank juga tidak meluluskan pinjaman.

Risiko pertama, anda terpaksa melepaskan rumah tersebut. Walaupun telah berbulan-bulan penat mencari senarai rumah, tengok rumah dan mendapatkan harga terbaik. Pastinya ianya melibatkan kos masa, minyak, telefon dan sebagainya. Anda juga telah melibatkan ejen hartanah, pihak penjual dalam masalah ini.

Risiko kedua adalah risiko yang amat perit bagi kebanyakkan orang. Duit booking hangus atau tidak dipulangkan. Ini bergantung kepada perjanjian yang telah anda persetujui.

Cuba bayangkan rumah yang dibeli adalah RM 300,000,  bayaran booking adalah RM 9,000. Adakah anda senang hati apabila RM 9,000 hangus begitu sahaja? Ini belum lagi pengalaman orang ramai yang kehilangan berpuluh-puluh ribu semasa membeli rumah.

Macam mana nak mengelakkan perkara ini berlaku?

Banyak sudut yang perlu dilihat bagi memastikan objektif membeli rumah tercapai. Antaranya mendapatkan pandangan daripada sahabat-sahabat yang pernah membeli rumah, bertanya kepada pegawai bank, ejen hartanah, peguam dan sebagainya.

Entri kali ini, saya fokus kepada CCRIS. Ada beberapa cara bagi menyemak CCRIS ini. CCRIS adalah maklumat bayaran yang telah dibuat sepanjang 12 bulan terakhir.  Berikut adalah cara menyemak rekod CCRIS anda :

  1. Memeriksa bayaran bulanan sekurang-kurang 3-6 bulan. Pastikan bayaran bulanan dibuat pada waktu yang ditetapkan. Tunggakan boleh memberi kesan kepada permohonan bank.
  2. Bagi pinjaman bagi pihak ketiga (third party loan), sila hubungi pihak bank bagi mendapatkan rekod bayaran. Contoh pinjaman pihak ketiga seperti adik-beradik membeli kereta atau rumah dengan mengunakan nama anda.
  3. Dapatkan laporan CCRIS daripada Bank Negara Malaysia.

Bagi kebanyakan orang, rekod CCRIS bagi diri sendiri selalunya tiada masalah. Banyak bakal pembeli hilang duit booking atau terpaksa melepaskan rumah yang dibooking kerana masalah yang timbul dari pinjaman pihak ketiga.

Kesimpulannya, pastikan anda semak rekod CCRIS dan CTOS sebelum anda dengan membayar booking. Dan elakkan nama anda digunakan untuk pinjaman pihak ketiga.

 

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: