Sijil Agensi Hartanah (CEA)

Shares

Sijil Agensi Hartanah atau Certificate of Estate Agency merupakan program yang ditawarkan oleh Institut Penilaian Negara (INSPEN). INSPEN adalah sebuah institusi latihan dan penyelidikan di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia.

Program ditawarkan sepenuh masa dan separuh masa.  Program sepenuh masa hanya untuk lepasan SPM sahaja manakala separuh masa untuk orang yang bekerja.

Program separuh masa menerima kemasukan yang pertama pada tahun 2011. Program ini mengambil masa 1 tahun 2 bulan dan di bahagian kepada 2 semester.

Kos keseluruhan program adalah RM 8,700 dan boleh dibayar sebanyak 4 kali. Sekali bayar dalam RM 2,175. Bayar pada awal semester dan sebelum peperiksaan.

Kelas diadakan di Kampus 2 INSPEN, iaitu kampus yang baru. Kampus ni bersebelahan Persint 14 Putrajaya. Kelas bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 8.30 malam. Satu hari hanya 3 subjek akan diajar dan 3 jam bagi setiap subjek.

Pada semester 1, enam subjek akan diajar dan lima subjek pada semester 2. Pada semester 2 pelajar perlu membuat projek akhir atau integrated project yang perlu disiapkan secara berkumpulan.

Program ini mendapatkan akreditasi daripada Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Selepas program ini, pelajar boleh terus mendaftar sebagai Ejen Hartanah Percubaan di LPPEH dan seterusnya menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.

Selain program ini, pihak LPPEH juga menyediakan peperiksaan bagi sesiapa yang berminat menjadi Ejen Hartanah Berdaftar. Tetapi tiada kelas disediakan.

Kelebihan program ini ialah pelajar menuntut ilmu terus dari pensyarah yang berpengalaman. Pensyarah terdiri daripada pemilik agensi hartanah atau agensi penilai, ahli lembaga pengarah LPPEH, pensyarah IPTA dan sebagainya. Boleh dikatakan semua pensyarah mempunyai kepakaran yang bidang masing-masing.

Cuma cabaran yang ada bagi program ini ialah pelajar perlu beri komitmen kehadiran bagi setiap kelas. Selain itu setiap pelajar perlu menyiapkan tugasan, lulus ujian, perbentangan, peperiksaan akhir dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat menjadi Ejen Hartanah Berdaftar dan berminat menuntut ilmu hartanah secara teratur, anda dicadangkan menyertai program ini. Program ini hanya dibuka setahun sekali sahaja. Info lanjut berkenaan program ini boleh layari website INSPEN.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: