Ejen Hartanah Sebagai Karier Profesional

Shares

Ramai yang di luar sana yang mengetahui peluang kerjaya yang besar sebagai ejen hartanah berdaftar.

Tidak dinafikan juga ramai hanya mencipta angan-angan kosong. Itu pun setelah melihat kawan-kawan berjaya dalam industri hartanah ini.

Angan-angan tanpa tindakan tidak memberi apa-apa makna.

Situasi seperti itu mungkin biasa bagi sahabat-sahabat tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang hartanah. Tetapi situasi itu juga berlaku kepada graduan-graduan pengurusan hartanah (estate management). Samada graduan UiTM, UTM, UM dan sebagainya.

Perkara ini juga turut diluahkan oleh bekas pensyarah yang bertanggungjawap melahirkan graduan pengurusan hartanah di universiti.

Tenaga pengajar  ini melahirkan beribu-ribu graduan tetapi hanya beberapa kerat sahaja yang berani memasuki industri ini sebagai karier profesional. Samada buka syarikat ejen hartanah, jurunilai atau yang berkaitan dengan hartanah.

Dalam masa yang sama beberapa graduan bukan bidang hartanah pula memeriahkan industri ini samada sebagai perunding hartanah.

Ada juga sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memenuhi syarat LPPEH. Antara syarat utama ialah menduduki 12 kertas peperiksaan yang dianjurkan oleh LPPEH atau institusi yang diiktiraf LPPEH.

Bukan sekadar duduki peperiksaan tersebut, tapi kena lulus beb.

Selepas lulus peperiksaan tersebut, baru boleh memohon menjadi ejen hartanah percubaan atau probationary estate agent (PEA). Setiap PEA perlu menghabiskan tempoh percubaan tersebut sekurang-kurangnya 2 tahun.

Sepanjang 2 tahun tersebut, PEA perlu menyiapkan work diary. Selepas itu PEA perlu menghantar Record of Exprience (ROE), Task 1 dan Task 2 sebelum dipanggil sesi temuduga atau oral exam.

Selepas lulus oral exam, baru boleh didaftarkan sebagai Ejen Hartanah Berdaftar.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: