Hartanah Lelong Semakin Menjadi Pilihan

Shares

Ramai sedia maklum yang harga hartanah baru terutamanya rumah (under construction) naik dengan mendadak dalam 2-3 tahun kebelakangan ini. Kesannya, pembeli rumah mencari alternatif lain seperti rumah dari secondary market atau sub sale dan rumah lelong.

Secara ringkasnya, rumah lelong terjadi apabila tuan punya rumah gagal menjelaskan ansuran pembiayaan rumah mereka dengan pihak bank. Rumah tersebut akan di lelong samaada di pejabat pelelong, pejabat tanah, mahkamah tinggi atau di hadapan rumah tu sendiri (rare case).

Kebiasaannya, rumah lelong di jual pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran dan ini membuka mata pembeli rumah yang mencari rumah dengan harga yang lebih murah.

Bagi yang mengikuti perkembangan rumah lelong sudah pasti sedar akan perubahan ini, di mana semakin ramai pembida mencuba nasib di arena lelongan. Hal ini di satu sudut memang satu fenomena yang bagus. Tapi ingat, pelbagai masalah mungkin timbul apabila pembelian rumah lelong tidak mengikut “check list untuk belian dari lelongan awam”.

Insya allah, di entri yang berikutnya akan saya kongsikan apakah senarai semak yang perlu di buat sebelum beli rumah lelong

About the Author Gohartanah

Leave a Comment: