Senarai semak sebelum pembelian rumah lelong

Shares

Alhamdulillah, ramai yang sudah buka mata akan faedah pembelian hartanah lelong. Tapi jangan terlalu excited dengan harga simpanan (harga reserve) yang murah sehingga mengabaikan risiko rumah lelong.

Ye. Pembelian hartanah lelong tanpa ilmu memang berisiko. Risiko yang terbesar adalah kehilangan deposit (5-10% dari harga reserve.

Teruskan bacaan sekiranya tuan puan berminat untuk mengurangkan risiko pembelian hartanah lelong

Ok. Tipsnya mudah. Untuk mengelakkan wang deposit tuan puan hangus, sila lakukan perkara-perkara di bawah

1. Semak kelayakan loan

– Saya letakkan point ini sebagai yang pertama kerana saya sendiri sudah terkena di mana wang deposit saya hangus. Ini gara-gara silap saya yang tidak menyemak kelayakan loan JV partner saya.

2. Semak tunggakan cukai-cukai dan bil-bil yang berkenaan

– Semak cukai tanah, pintu, bil api, air, indah water dan juga maintenance (bagi hartanah yang ada maintenan fees)

– Sesetengah bank akan cover tunggakan owner lama. Tetapi, dalam banyak kes, pembeli terpaksa menyelesaikan tunggakan ini terlebih dahulu sebelum claim dengan bank yang melelong

3. Buat carian rasmi/persendirian di pejabat tanah

– Carian rasmi penting bagi mengelakkan masalah tukar nama kelak. Bank juga tidak akan memberikan pinjaman sekiranya ada kaveat dari pihak lain selain dari bank yang melelong.

About the Author Gohartanah

Leave a Comment: