Cerita ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Setelah pencarian di buat di website-website yang menyediakan senarai hartanah lelong, saya dan ayah saya “short list”kan beberapa buah rumah yang menarik.
Kebiasaannya, kami mencari hartanah yang sekurang-kurangnya 40-50k di bawah harga pasaran. (secara kasarnya, harga pasaran boleh di semak dengan jiran-jiran atau dengan pihak bank). Rumah yang kami cari pula hanyalah dalam lingkungan harga 100-150k.
Setelah rondaan di buat dari sebuah rumah ke sebuah rumah, berjumpalah saya akan satu unit yang mempunyai harga yang menarik. Lokasinya juga menarik. Terletak di taman yang sama dengan unit yang pernah saya flipping dulu.
Berdasarkan pengalaman kami, unit di taman ini memang mudah di jual. Ini kerana:
1. lokasinya yang terletak berhampiran dengan kedai, masjid dan stesen minyak
2. harganya yang 80k di bawah market value. (harga rumah hanyalah 150k)
3. kadar sewa yang tinggi
Silap kami pada masa itu tidak tengok betul-betul akan carian rasmi yang di buat. Memanglah ada tulis kaveat dari pihak bank, tapi dari bank yang berbeza dengan bank yang melelong!
Setelah lelong di buat dan hartanah berjaya di menangi pada harga reserve, dokumen di sediakan bagi proses permohonan pembiayaan. Sungguh memeranjatkan apabila bank tidak dapat meneruskan pembiayaan di sebabkan kaveat yang di letakkan oleh pihak bank ke-2. Peguam kami sendiri terperanjat kerana tidak pernah lihat akan kes sebegini. Mujurlah dengan bantuan kawan-kawan, hal ini dapat di fahami.
Fahamlah kami yang dua penama dari tiga penama berdaftar sebagai owner lama yang rumahnya di lelong itu telah bankrupt. Bank yang memfailkan bankruptcy tersebut rupanya meletakkan kaveat kerana mahu si penama yang bankrupt itu menyelesaikan hutang dengannya.
Setelah perbincangan di buat, pihak bank yang meletakkan kaveat tesebut setuju untuk mengangkat kaveat kerana hal-hal yang saya sendiri tidak faham.
Walaupon, kavaet telah di angkat dan hartanah tersebut bebas dari kaveat, bank yang pada mulanya setuju untuk bagi pembiayaan tidak jadi untuk berbuat demikian. Terpaksalah kami selesaikan baki bayaran rumah tersebut secara tunai