
Ini soalan yang saya terima sebentar tadi. Ianya berkenaan dengan prosedur pembelian rumah lelong. Ok, saya cuba jawab satu-satu ye.
Soalan pertama: Apa yang kita perlu semak sekiranya kita berminat dengan sesebuah unit yang akan di lelong?
Jawapan
Katakan tuan dapat maklumat yang sesuatu hartanah ini di senaraikan untuk di lelong, tidak kiralah dari papan tanda yang di tampal di tepi jalan ataupon dari kawan-kawan. Apa yang tuan perlu buat adalah dapatkan seberapa banyak maklumat berkenaan hartanah tersebut.
- Dapatkan lokasi hartanah (alamat lengkap jika ada). Atau sekurang-kurangnya nama taman, atau nama apartment/kondo bagi jenis kediaman bertingkat
- Dapatkan nama bank yang melelong unit tersebut.
- Dapatkan tarikh dan tempat di mana lelongan unit tersebut akan di buat
Bagi agent hartanah lelong macam saya, apa yang saya buat, biasanya saya akan semak di website http://lelongtips.com berkenaan alamat unit yang akan di lelong tu. Berdasarkan alamat itulah, biasanya saya akan dapat maklumat lain seperti bank yang melelong unit tersebut, tarikh lelong, tempat lelong, lawyer in charge dan juga auctioneer/pelelong yang akan uruskan lelongannya nanti.
Dengan maklumat pelelong yang di berikan di website tersebut, kita boleh dapatkan Proclamation of Sale (POS) dengan menghubungi pelelong dan mohon dia fax/email pada kita.
Dengan POS yang ada di tangan , anda boleh mulakan langkah seterusnya, iaitu carian rasmi di pejabat tanah. Insya allah di entri yang akan datang saya akan ceritakan mengenai carian rasmi dengan lebih detail.

Contoh carian rasmi
Selesai carian rasmi, sekiranya tiada kaveat persendirian di daftarkan selain dari bank yang melelong, anda boleh meneruskan langkah yang seterusnya iatitu semakan tunggakan cukai tanah, cukai pintu, bil indah water, api, air dan juga maintenance fee bagi unit kediamana yang ada maintenance.
Sebelum saya terlupa, sebaik sahaja alamat unit yang akan di lelong di kenalpasti , anda wajib buat lawatan ke rumah/unit yang akan di lelong tersebut. Sekiranya anda berpuas hati dengan keadaan hartanah dan mahu meneruskan belian barulah carian dan semakan tunggakan di buat.
Soalan seterusnya akan saya jawab selepas dapat 20 likes untuk post ini
P/S: Cara mendapatkan likes ini perlu saya buat supaya saya tahu cerita yang saya tulis ada pembacanya. Terima kasih