Kalau saya nak masuk lelong, berapa harga max yang patut saya bid?

Shares

Screen Shot 2013-06-27 at 11.42.21 PM

 

Wow, soalan kali ini lebih menarik. Berapa harga maksima yang patut kita bid untuk sesebuah unit yang kita mahu beli. Banyak betul duit bakal pembeli kita ni. Seolah-olah mahu lawan sampai menang je. Hehe. Gurau je

Soalan ini saya mahu jawab dengan mengajukan soalan kembali. Soalan saya, loan tuan boleh pergi berapa max? Kalau loan tuan boleh pergi lagi RM100,000, janganlah bid lebih dari itu. Karang loan tak lepas naya jer. Apa-apa pun, di sini saya sertakan pautan bagi yang mahu mengira kelayakan loan mereka – http://bit.ly/1ccu6U6

Soalan kedua yang saya mahu ajukan adalah, Tuan ada cash di tangan ke sekiranya tuan perlu topup 10% different? Katakan Reserve Price, RM100,000, selepas bid punya bid, harga naik sampai RM150,000. bank draft yang tuan bawa tadi hanyalah RM10,000, lagi RM5,000 tu ada cash tak nak tambah? Dalam kes lelongan di pejabat pelelong, mereka mahukan beza 10% iaitu RM5,000 itu perlu di bayar pada hari tu juga. Jangan jadi macam client saya, call kawan sana sini untuk pinjam duit kerana terpaksa topup lagi RM30,000.

Gambar di tempat lelongan

Gambar di tempat lelongan

Sebenarnya, untuk menentukan berapa jumlah maksima yang patut kita bid, kita sepatutnya lihat kembali kepada objektif kita untuk sertai lelongan ni. Secara amnya, kebanyakkan dari kita yang sertai lelongan awam ini adalah untuk membeli pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Jadi di sini pentingnya untuk kita tahu harga pasaran terlebih dahulu sebelum pembelian lelong di buat. Jangan bid lebih dari harga pasaran.

Tambah pulak satu soalan. Bagaimana nak semak harga pasaran ni?

Insya allah, seperti biasa akan saya sambung selepas 20 likes

 

About the Author Gohartanah

Leave a Comment:

6 comments
Wan Infolelong says June 28, 2013

Hari ini saya berbesar hati untuk menjawab sebarang soalan dari pembaca saya yang mengajukan soalan mereka berkenaan hartanah lelong di ruangan komen.

Apa-apa pun saya mengutamakan soalan dari tuan LokmAn Hairi dulu kerana dia satu-satunya pembaca entri lepas yang meninggalkan komen.

Reply
    LokmAn Hairi says June 28, 2013

    Owhh.. Sy ingtkn tuan zulhairi td tu yg menang soklan free dr tuan.. Hehe. Ok jap.

    Reply
    LokmAn Hairi says June 28, 2013

    ok tuan.. trlebih dlu sy nk ucap trima kasihla sbb da menang tmpt pertama nih. hehe.. soklan pertama, if sy nk msuk bid satu rumah lelong ni, bgaimana sy nk tau yg sy boleh lpas loan if sy menang rumah trsebut? (sbb sy kerja sndri).. berkenaan rumah sublet pulak, perlu ade perjanjian dgn tuan rumah ke? atau kite buat je tanpa pengetahuan die. dan kalo dpt tau pulak, bgaimana risiko nya tuan? maaf sy newbie yg bru nk timba pngalaman. huhu

    Reply
    Mohd Asri Abd Talib says June 28, 2013

    Senang jerr!!! berapa budget/..hehehehe..

    Reply
    LokmAn Hairi says June 28, 2013

    range 50K-60K

    Reply
Lugua Nuar says August 2, 2013

BUTIRAN MAKLUMAT APA MEGENAI LELONGAN ATAU HARTANAH YG PERLU KITA DAPAT KAN UNTUK MASUK LELONG.

Reply
Add Your Reply