Bagaimana saya nak tahu yang loan saya boleh lepas?

Shares

Screen Shot 2013-07-04 at 6.24.04 AM

 

Ini soalan dari pembaca bloghartanah, dia tanya bagaimana dia nak tahu yang loan dia boleh lepas sekiranya dia beli rumah lelong.

Ok. Sebenarnya, sekiranya kita sebagai pembeli nak beli rumah tidak kira ruma subsale, lelong ataupun yang masih dalam pembinaan, adalah menjadi tanggunjawab kita untuk semak kelayakan loan terlebih dahulu.

Macam mana nak semak?

1. Semak Debt Service Ratio (DSR) terlebih dahulu.

– Ini boleh di lakukan sendiri. Secara amnya dsr terbahagi kepada dua. 40% dari pendapatan bagi yang berpendapatan bawah RM3,500 dan 70% bagi yang berpendapatan lebih dari RM3500

Contoh:

Ali mempunyai pendapatan tetap RM3,000 sebulan. Pada masa yang sama, dia mempunyai loan rumah yang bayaran bulanannya adalah RM800 sebulan dan pinjaman peribadi sebanyak RM200 sebulan. Jumlah komitmen dia sebulan adalah RM800 + Rm200 = RM1000

DSR Ali adalah RM1000/ RM3000 = 30%.

Kelayakan loan Ali unutk pinjaman akan datang tidak boleh lebih dari 40%.

Sekiranya Ali dapat melepasi tangga gaji RM3,500, kelayakan loannya akan jadi leih besar. Di sini kita nampak betapa pentingnya mempunyai pendapatan yang besar. Jika tidak mampu, cuba dapatkan side income. Insya allah, akan saya kupas lebih lanjut mengenai side income di post yang akan datang.

2. Semak CCRIS report

Semakan rekod CCRIS boleh di lakukan di Bank Negara Malaysia. Boleh google untuk dapatkan maklumat cawangan yang terdekat. Kadang-kadang kita tak tahu yang kita ada sangkut satu-satu loan. Semakan CCRIS akan mendedahkan segala loan yang kita ada buat dengan mana-mana bank di Malaysia.

CCRIS

Contoh CCRIS report

3. Semak dengan loan officer

– Cara mudah nak tahu kelaykan loan sendiri adalah dengan sedikit usaha. Pergi je ke mana-mana bank dan mohon loan officer di situ buat semakan kelayakan loan kita. Bagitahulah yang kita dalam perancangan untuk membeli rumah dan mahu merangaka bajet yang sesuai untuk pembelian rumah tersebut.

 

Persoalan yang seterusnya adalah bagaimana dia yang bekerja sendiri nak tahu kelayakan loannya? Ini memang masalah bagi yang bekerja sendiri. Insya allah saya cuba kupas dalam entri yang berikutnya. Itupun jika ada 20 likes. =)

 

About the Author Gohartanah

Leave a Comment:

2 comments
Wan Infolelong says July 3, 2013

Nak tulis berkenaan apa lagi yes? Ada cadangan?

Reply
    Lailatul Niza Muhammad says July 3, 2013

    byk sgt boleh tulis pengalaman tu.. susun satu persatu..

    Reply
Add Your Reply