Kad Kredit Dan Permohonan Pembiayaan Rumah

Baru-baru ni Bank Negara Malaysia (BNM) telah struktur semula pakej pembiayaan peribadi dah pembiayaan pembelian.

Antara perkara utama yang dititikberat bagi mengurangkan hutang isi rumah.

Persoalannya, adakah bangsa kita suka berhutang?
Tepuk dada sendirinya.

Dalam kes-kes seharian, tidak dinafikan banyak permohonan pembiayaan rumah ditolak gara-gara hutang yang tinggi. Dengan kata lain, pemohon telah berada pada tahap maksimum untuk berhutang. Debt Service Ratio (DSR) telah maksimum iaitu 70%.

Biasanya apabila hutang bertambah, masalah juga bertambah. Kemungkinan membuat bayaran balik juga lewat atau tertangguh. Lebih parah lagi nama peminjam akan disenaraihitam dan rumah juga akan dilelong.

Kelebihan

Antara kelebihan memiliki kad kredit adalah rekod CCRIS. Maknanya rekod penggunaan dan pembayaran kad kredit boleh diakses di BNM.

Banyak permohonan pembiayaan ditolak kerana pemohon tidak mempunyai rekod CCRIS. Iaitu tidak pernah membuat pinjaman atau tidak mempunyai kad kredit. Ini kerana pihak bank tidak dapat melihat rekod bayaran balik. Selalunya bank akan lihat rekod bayaran balik 6 bulan terkini.

Dengan adanya kad kredit, perkara ini dapat di atasi sebaiknya.

Keburukan

Perkara ini yang perlu dipertimbangkan. Niat untuk kebaikkan menjadi beban yang berat.

Dalam kes permohonan yang ditolak, pemohon memilik lebih dari 1 kad kredit. Ada juga sampai 7 kad kredit. Lebih malang lagi had maksimum telah digunakan, malahan bayaran balik dibuat seminimum yang boleh.

Dalam kes seperti ini, rekod CCRIS akan menunjukkan rekod kewangan yang kurang cantik.

Kesanya permohonan pembiayaan atau pembiayaan semula mungkin ditolak atau diluluskan dengan margin yang lebih rendah serta kadar faedah yang kurang menarik.

Kesimpulan

Guna sebaiknya kemudahan kredit yang diberi. Lebih cantik sekiranya bayaran penggunaan dibuat secara maksimum dan dengan kadar segera. Ini secara langsung akan menunjukan rekod kewangan yang baik kepada pihak bank dan pihak pasti suka berurusan seperti ini.


Nota :

  1. Kira DSR anda dan tentukan anda ditahap mana.
  2. Kalkulator Hartanah : Kos Peguam, Duti Setem Pindah Milik, Duti Setem Sewaan dan sebagainya di sini.

 

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: