Tips Pilih Lokasi Agensi Hartanah

Shares

Petang tadi terima panggilan dari Sabah kerana berminat nak menjadi perunding hartanah.

Dalam hati terbit rasa gembira kerana sudah ramai yang berminat dalam bidang hartanah.

Beberapa cadangan diberikan agar harapan nak jadi perunding hartanah bukan sekadar omong-omong kosong.

Berdasar pengalaman sebagai tim leader di Rescom Realty, kurang 20% yang berjaya menjadi perunding hartanah sepenuh masa. Tak pasti apa  puncanya tetapi yang pasti peluang yang diberikan tidak digunakan sebaiknya.

Antara perkara utama dalam pemilihan agensi hartanah adalah lokasi pejabat. Pastikan lokasi agensi hartanah dekat dengan rumah. Ini akan memudahkan kita berulang-alik terutamanya dalam 6 bulan pertama.

Kebiasaannya perunding hartanah yang baru tiada pengalaman, jadi nak dapat ilmu kena selalu ke pejabat.

Lokasi yang strategik juga boleh beri penjimatan dari segi masa dan kos minyak. Lebih-lebih lagi harga minyak telah naik.

Kesimpulannya, cari agensi hartanah yang berdekatan dengan rumah anda.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: