Pemilik Rumah Proaktif

Shares

Walaupun pemilik rumah ni dah lantik peguamcara sendiri, beliau tetap nak tahu progress terkini. Ini adalah contoh penjual yang proaktif.

Dalam pengalaman seharian sebagai perunding hartanah, ada juga penjual atau pembeli yang tak ambil tahu langsung progres semasa. Yang mereka tunggu adalah kunci atau cek. Kalau tiada kelewatan, agak bernasib baik.

Tapi bagi peguamcara, pemilik yang proaktif ni mungkin memberi tekanan sedikit. Sebab asyik tanya progres je. Biasalah transaksi jual beli ni melibatkan banyak pihak, kadang-kadang ada kelewatan di pihak lain. Antaranya pihak bank, juru nilai, peguamcara pihak pembeli, JMB dan macam-macam lagi.

Kelebihan pada penjual ialah membantu apa yang perlu. Sebagai contoh sekiranya ada kelewatan di pihak bank atau pejabat tanah, pemilik boleh hubungi pihak berkaitan untuk bertanya status. Walaupun peguamcara dah buat tapi kita juga boleh bagi tekanan agar fail kita diproses dengan cepat.

Ini sekaligus dapat mengelak kelewatan berlaku.

Seterusnya perancangan awal bagi menjual rumah dapat berjalan dengan lancar. Ini kerana setiap pemilik yang menjual rumah pasti ada tujuan tersendiri samada nak membeli rumah lain, buat pelaburan, tambah modal perniagaan dan sebagainya.

Apabila semua berjalan dengan baik, hati pun boleh jadi tenang.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: