Deposit RM 100k Hangus

Shares

Deposit RM 100k Hangus..

Petang tadi terima panggilan daripada hamba Allah ni. Minta pandangan berkenaan perkara yang beliau hadapi.

Dipendekkan cerita syarikat beliau membeli lebih 20 pangsapuri. Seperti biasa bayaran earnest deposit sebagai tanda setuju. Pegawai bank pun uruskan pembiayaan. Selang beberapa masa hamba Allah ini diminta buat bayaran baki deposit dan tandatangan surat perjanjian jual beli (SPA).

Beberapa ketika selepas itu, hamba Allah ini dimaklumkan duit deposit bernilai RM 100k hangus kerana gagal memenuhi syarat-syarat perjanjian SPA.

Ini disebabkan hamba Allah ini gagal mendapatkan pembiayaan bank.

Setelah dapat tahu perkara ini, hamba Allah ini mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank, peguamcara dan pemaju. Masing-masing tidak memberi kerjasama yang sepatutnya.

Dalam hal ini, apa pandangan atau cadangan yang boleh diberikan kepada hamba Allah ini?

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

1 comment
Nasrul Hanis says February 5, 2014

Semak kembali dokumen-dokumen yang terlibat termasuklah dokumen untuk earnest deposit, loan agreement dan juga surat perjanjian jual beli (SPA) – sekiranya ada terms yang boleh membantu menyebelahi hamba Allah ini..

Pastikan semak terma2 yang terlibat dalam apa jua perjanjian sebelum menurunkan tandatangan..

Reply
Add Your Reply