Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Persatuan Ejen Hartanah

Shares

Insyallah, petang ni saya bersama sahabat-sahabat akan bertandang ke pejabat IM Global Property Consultant.

Bukan perjalanan sia-sia tetapi bagi tepati janji minggu lepas bagi menubuhkan persatuan ejen hartanah. Ini adalah cetusan idea semasa tim leader Rescom Realty makan tengahari bersama Sr Tuan Haji Ishak Ismail.

Persatuan Ejen Hartanah

Objektif hari ini adalah mesyuarat kali pertama bagi membentuk Jawatankuasa Penaja. Misi bagi menubuhkan sebuah persatuan ejen hartanah bagi mewakili suara ejen hartanah di Malaysia.

Seterusnya jawatankuasa ini akan membuat perlembagaan persatuan dan membuat pendaftaran di Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Setelah pendaftaran diterima, maka satu mesyuarat agung tahunan akan dibuat untuk pertama kalinya.

Insyallah dalam sebulan dari sekarang, persatuan dapat diaktifkan.

Sehubungan dengan itu, diharapkan sahabat-sahabat yang berada dalam industri ini dapat mendoakan agar urusan penubuhan persatuan ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: