Kenapa Perlu Semak Harga Pasaran Sebelum Jual Rumah?

Shares

Soalan di atas dituju kepada anda yang merancang nak jual rumah dalam masa terdekat. Atau ada plan nak jual rumah dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun dari sekarang.

Perlu ke nak semak harga pasaran atau market value rumah terkini?

Daripada pengalaman saya sebagai ejen hartanah berdaftar, ada di luar sana pemilik rumah yang tak semak langsung harga pasaran terkini.  Mungkin semak gitu-gitu sahaja. Akhirnya letak harga jualan ikut suka sahaja.

Masalah timbul apabila pembeli dah berminat, harga jualan dan terma-terma jual beli telah dipersetujui.

Ada kes rumah di Bandar Baru Bangi, penjual nak naikkan harga di saat-saat akhir. Iaitu selepas semua proses negotiating harga selesai dan pembeli pun dah letak booking.

Difahamkan rumah tersebut telah dijual di bawah harga pasaran. Ini berlaku 6-7 tahun yang lepas di mana pasaran hartanah pada waktu sangat baik. Di mana supply amat sedikit dan demand agak tinggi. Pada waktu ini kebanyakkan rumah dijual mengikut harga pasaran semasa atau lebih daripada harga pasaran.

Tapi pada tahun ini, pasaran hartanah agak lembab. Supply terlalu banyak dan demand amat sedikit. Banyak faktor yang menyumbang kepada pasaran semasa.

Pada waktu ini kelebihan kepada pembeli di mana rumah boleh dibeli di bawah harga pasaran. 

Semak Harga Pasaran Terkini

Jadi perlu ke semak harga pasaran terkini di kala pasaran hartanah yang masih perlahan?

Jawapan saya sebagai ejen hartanah adalah wajib bagi semak market value terkini.

Perlu ke semak harga pasaran terkini ?

Anda boleh semak harga pasaran terkini dari jiran, ejen hartanah setempat, portal hartanah seperti mudah.my, iproperty, propertyguru, portal brickz dan penilai berdaftar. Info lanjut klik Cara Semak Harga Pasaran Rumah.

Setiap pemilik rumah yang nak jual rumah mesti mempunyai target tertentu seperti tempoh masa proses jual beli boleh selesai dan dapatkan keuntungan hasil penjualan rumah. Selain daripada itu, kebanyakkan pemilik mempunyai target keuntungan yang diperolehi apabila rumah tersebut dijual.

Lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi sekarang ni, banyak yang nak jual rumah kerana mempunyai tunggakan bank, rumah hampir dilelong, diberhentikan kerja, downgrade ke rumah lebih murah dan macam-macam lagi.

Pentingnya di sini adalah semak market value terkini bagi rumah anda. Strategi menjual rumah pada waktu sekarang ini ialah menjual rumah di bawah harga pasaran semasa atau below market value. 

Jangan pula nak letak harga ikut harga pasaran atau nak jual lebih tinggi daripada harga pasaran semasa. Tapi kalau nak cuba-cuba dulu, boleh je. Kalau berjaya jual pada harga tersebut memang rezeki anda nampaknya.

Kesimpulan

So dah tahu kenapa perlu semak market value rumah? 

Anda akan tahu harga pasaran terkini untuk rumah anda sendiri. Dan seterusnya boleh kira keuntungan kasar sekiranya rumah tersebut dijual. Yang paling penting harga pasaran tersebut akan membantu anda meletakkan harga jualan yang bersesuai dengan pasaran semasa.

Kalau ada nak tanya boleh komen di bawah

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment:

2 comments
JAMALIAH MOHD SHARIFF says January 17, 2019

Adakah menjadi kesalahan bagi ejen menetapkan fee 3.5% dr harga jualan

Reply
    Zulhisham Gohartanah says May 7, 2019

    Puan, menurut akta Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pegurus Harta, maksima fi ejen hartanah adalah 3%

    Reply
Add Your Reply