Apa Beza Ejen Hartanah & Perunding Hartanah ?

Shares

Persamaan Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah ialah konsultan atau orang yang menguruskan transaksi Jual, Beli atau Sewa hartanah.

So anda boleh lantik samada perunding hartanah atau ejen hartanah bagi menjual atau sewaan rumah.

Jadi Apa Perbezaan Ejen Hartanah Dengan Perunding Hartanah ?

Bagi orang awam, ejen hartanah adalah sama dengan perunding hartanah. Tiada yang berbeda.

Perbezaan hanya nampak apabila melibatkan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH)

Boleh rujuk jadual di bawah bagi memudahkan saya membezakan Ejen Hartanah dan Perunding.

Ejen HartanahPerunding Hartanah
Dikenali sebagai Real Estate Agent (REA)Dikenali sebagi Real Estate Negotiator atau Property Negotiator
No pendaftaran bermula dengan REA XXXXNo pendaftaran bermula dengan REN XXXX
Melalui proses yang ketat seperti mempunyai kelulusan peringkat sijil, diploma atau ijazah yang diiktiraf oleh LPPEH.

Seterusnya menjadi Ejen Hartanah Percubaan (PEA) selama 2 tahun dan lulus Work Diary.

Lulus oral exam iaitu 4 areas, Task 1 dan Task 2.
Sesiapa boleh menjadi Perunding Hartanah dengan menghadiri Sijil Kursus Perunding Hartanah selama 2 hari (Negotiator Certification Course).

Tiada oral exam.
Menjadi supervisor kepada Perunding Hartanah atau REN.

Setiap Ejen Hartanah boleh mempunyai maksima 50 perunding hartanah.
Menjalankan tugasan di bawah pengawasan (supervision) Ejen Hartanah.

So dah boleh bezakan Perunding Hartanah dengan Ejen Hartanah ?

Kebiasaanya Ejen Hartanah adalah pemilik kepada agensi hartanah samada milikan tunggal atau sendirian berhad (sdn bhd).

So lepas ni kalau ada Perunding Hartanah yang melakukan kesalahan atau penipuan sepanjang menguruskan transaksi jual-beli atau sewa, anda boleh terus melaporkan kepada Ejen Hartanah yang menjadi supervisor.

Apa pun pastikan anda melantik Ejen Hartanah Berdaftar atau Perunding Hartanah Berdaftar sahaja.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: