Kos Ejen Hartanah Bagi Jual Beli Rumah

Shares

Antara topik yang kerap ditanya oleh klien ialah berapakah kos ejen hartanah bagi servis jual-beli rumah.

Soalan ni penting dan wajib ditanya oleh setiap orang yang berminat menggunakan servis ejen hartanah.

Berapa Kos Ejen Hartanah?

Kos ejen hartanah juga dikenali sebagai fi ejen, komisen, profesional fi dan macam-macam lagi. Yang pasti kos ejen hartanah adalah bayaran yang perlu dibuat apabila rumah tersebut dijual.

Jika dirujuk Akta 242, profesional fi ejen hartanah adalah 3% daripada harga jualan atau kurang. Tak boleh lebih daripada 3%.

Kenapa Penting?

Daripada jawapan tersebut kita boleh tahu samada anda sedang berurusan dengan ejen hartanah berdaftar atau ejen yang tidak berdaftar.

Sekiranya kos ejen hartanah 3%, tu salah satu ciri-ciri yang anda sedang berurusan dengan ejen hartanah berdaftar.

Sekiranya jawapan bukan seperti di atas, berkemungkinan anda sedang berurusan dengan ejen hartanah tidak berdaftar. Link to broker

Siapakah Ejen Tidak Berdaftar?

Secara ringkas ejen tidak berdaftar atau broker haram ini tidak mendaftar sebagai ejen hartanah di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

Dalam Akta 242 menyebut hanya ejen yang mendaftar di LPPEH sahaja dibenarkan dan diberi kuasa membuat amalan sebagai ejen hartanah.

Oleh kerana broker tidak berdaftar dengan LPPEH, broker tersebut terikat dengan akta 242.

Ini bermaksud tiada skala fi yang menjadi panduan atau mengikat broker tersebut. Kos broker mungkin kurang dari 3% atau lebih tinggi dari tu.

Kebiasaan owner diberi harga akhir atau last price. Sekiranya broker berjaya menjual lebih daripada harga tersebut, perbezaan tersebut adalah milik broker. Ini adalah salah satu amalan yang biasa dipraktis oleh broker.

Ejen Hartanah Lebih Telus

Bagi ejen hartanah berdaftar, proses jual beli lebih telus kerana setiap ejen perlu memberi khidmat nasihat harga pasaran terkini. Dan penetapan harga jualan perlu mendapat persetujuan daripada penjual. Ini bermakna penjual mengetahui harga jualan sebelum perjanjian setuju menjual atau booking form ditandatangani.

Bila Perlu Bayar Fi Ejen?

Saya cadangkan anda melantik ejen hartanah berdaftar kerana fi ejen tidak perlu dibayar semasa lantikan dibuat.

Selain itu anda tidak perlu menyediakan wang tunai daripada poket sendiri bagi menjelaskan bayaran kepada ejen hartanah.

Kebiasaannya fi ini dibayar menggunakan deposit pembeli. Dan ejen hartanah hanya boleh mendapatkan fi tersebut apabila rumah anda telah terjual dan perjanjian jual beli atau Sales Purchase Agreement (SPA) ditandatangi di hadapan peguam hartanah.

Amacam ? Senang tak nak jual rumah ?

Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat dari ejen hartanah sila layari Servis Ejen Hartanah

About the Author Zulhisham Gohartanah

Beliau merupakan ejen hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun. Kini beliau menjadi prinsipal di agensi Ireal Property Sdn Bhd yang beroperasi di Persint 15 Putrajaya. Beliau adalah pengasas Bloghartanah.com dan Gohartanah.com

Leave a Comment: